Wednesday, December 21, 2011

Perkongsian Pengalaman SEFTER

Beberapa bulan lepas saya dan suami ziarah teman yang kemalangan jalanraya. Sudah dua bulan sejak kemalangan itu tetapi dia masih berbalut dan guna anduh. Dua bulan sendirian di rumah pada siang hari kerana suami pergi kerja. Anak anak juga sudah kerja dan belajar jauh. Kemalangan di jalan kampung yang kecil tapi kesan yang begitu besar dalam diri dan hidupnya. Dia kena ambil pembantu rumah kerana sudah tak boleh buat apa kerja pun. Semua keperluannya diletak di dalam biliknya disebelah ruang tamu.

Selain kaki, tangan dan tulang paha yang patah dan cedera kesan pada emosi beliau juga parah. Lebih merisaukannya kerana mengikut X-ray doktor mengatakan terdapat tulang baru yang tumbuh pada bahagian tulang paha yang retak. Iaya sangat ngilu apabila bergerak.

Dia seorang yang bertanggung jawab dan sukakan kerjanya. Bila tak dapat pergi kerja dan memikirkan kerjanya yang banyak dan terpaksa dilakukan (menyusahkan) orang lain dia merasa bersalah dan tidak tenang. Dalam masa sama dia juga merasa punya begitu banyak masa untuk membaca buku buku agama dan menonton rancangan rancangan ugama yang selama ini tak dapat dilakukan. Jadi, kadang kadang fikirannya rasa kacau. Dalam keadaan begini dia sedar betapa Allah menyayanginya dan ingin dia dekat denganNya dengan caraNya sendiri.

Lama berbual dengannya hingga kami faham situasi dirinya. Lalu saya memperkenalkan padanya mengenai SEFT ini. Ternyata dia senang dengannya dan ingin diterapi. Selepas dilakukan dua pusingan dia merasa sedikit lega. Kami mengajar dan menerangkan lagi apa yang perlu dilakukan secara sendiri.

Sebulan lepas itu dia menelefon saya mengucapkan terima kasih berkali2 dan bersyukur banyak2 pada Allah yang telah memberi dia ilmu ini kerana dia rasa lebih tenang, dapat mengawal emosi dan kesembuhan secara fizikal yang ketara.

Kemudian sebulan selepas itu dia telefon lagi. Katanya dia dalam perjalanan balik ke rumah dari hospital. Dia sangat bersyukur kerana doktor mengatakan tulang yang tumbuh itu sudah tidak ada, hilang... Doktor pun hairan ...namun itulah kekuasaanNya. Katanya dia melakukan SEFT ini secara konsisten setiap hari selama dua bulan sehingga doktor mengesahkan mengenai hilangnya tulang yang tumbuh tu. Sebelum cuti sekolah baru baru ni dia dah pun dapat ke sekolah semula...alhamdulillah.

Semoga beliau bahagia bersama tugas dan keluarga insyaAllah.

SEFTER Norhayati Mohamed
Kuala Terengganu

Friday, November 4, 2011

Perkembangan Terkini Adik Nornayli Dayini



Kami telah dimaklumkan perkembangan terkini adik Nornayli Dayini setelah menjalani pemeriksaan rapi..

Untuk pengetahuan semua masalah kuning & jangkitan kuman di paru-paru sudah tiada. Kini masalah yang dialaminya adalah masalah hypoplastic left heart syndrome. Injap jantung sebelah kiri tidak berfungsi.

Kepada semua yang tahu melakukan Surrogate SEFT, bantuan anda diperlukan..

Kepada semua peserta Kursus SEFT untuk AKRAB di Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan pada 1 & 2 Nov, kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana anda telah sama-sama bantu melakukan Surrogate SEFT kepada adik Nornayli. Dan tanpa diduga seorang peserta iaitu Mr Lee telah membuat kutipan derma sebagai tanda prihatin warga KPKK.

Sekali lagi.. Jazakumullah khairan katsira

Thursday, November 3, 2011

Sama-samalah Kita Bantu



Semalam kami mendapat berita dari seorang sahabat tentang penderitaan bayinya yang baru berusia 9 hari. Melihat kepada foto yang dikirim, jiwa ini amat tersentuh.. Bayangkan jika bayi itu adalah anak kita???...........

Maklumat bayi ini adalah seperti berikut:

Nama : Nornayli Dayini
Nama ibu : Norhayati
Tarikh lahir : 23 Oktober 2011
Masalah : Pada mulanya sakit kuning hingga tahap 16, kemudian ada jangkitan kuman di paru-paru dan disyaki ada masalah jantung

Mudah-mudahan kita semua dapat bantu dengan kaedah Surrogate SEFT.. Semoga usaha kita yang 'kecil' ini dapat membantu dan memberi 'impak yang besar' kepada bayi tersebut ..

Dan semoga usaha kecil kita ini benar-benar datang dari hati yang tulus ikhlas...

Wallahua'lam

Tuesday, November 1, 2011

Program Amal SEFT di Family Day KWSP

Baru-baru ini pada 22 Oktober kami telah dijemput untuk menyumbang khidmat untuk kakitangan KWSP sempena Hari Keluarga 2011 yang berlangsung di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

Bagi pihak SEFT Malaysia, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada piha sekretariat terutama SEFTer Hariah yang menjemput kami. Juga kepada SEFTer Noreha & anaknya SEFTer Azat yang mewakili kami kerana pada masa yang sama kami ada program SEFT bersama Kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Hanya selepas program bersama KPWKM kami berkesempatan untuk turut serta.



Gaya seorang SEFTeR



Therapy Session



Trerapy Session

Friday, October 28, 2011

SEFT Basic Training

Dimaklumkan SEFT Basic Training akan diadakan pada 13 November (Ahad) jam 8.30 am - 5.00 pm di Akademi Pro Mind. Sila hubungi kami untuk mendaftar.

Thursday, September 15, 2011

SEFT Basic Training

Dimaklumkan kursus SEFT Basic akan diadakan pada 25 September 2011 di Akademi Pro Mind.

Alamat:
No 21-1, Jalan Seri Putra 1/5
Bandar Seri Putra

Masa : 9.00 am - 5.00 pm

Wednesday, July 13, 2011

SEFT Basic Training

SEFT Basic Training akan diadakan pada 24 Julai 2011 di Akademi Pro Mind, Bandar Seri Putra, Bangi.

Peta lokasi adalah seperti berikut:


View Larger Map

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Wednesday, June 1, 2011

The Science of Happiness



Selama 60 tahun terakhir psychology berkonsentrasi pada hal-hal negatif (depression, phobia, trauma, Skizophrenia & penyakit-penyakit psikologi lainnya = victimology & pathology). Mungkin Psikologi hendak mengkuti jejak ilmu perubatan moden yang sejak 200 tahun terakhir berfokus pada penyakit.

Prestasi yang telah diraih selama 60 tahun terakhir (menurut mantan ketua asosiasi psikologi Amerika : Martin Seligman): 14 macam penyakit psikologi boleh diubati (tidak sepenuhnya sembuh) dan 2 macam penyakit psikologi dapat disembuhkan total. Jadi prestasi terjauh dari psikologi negatif, adalah membawa orang sakit menjadi berkurang sakitnya (from miserable to less miserable) atau menjadikan orang sakit psikologi jadi hilang sakitnya (dari minus menjadi "sifar").

Lalu timbul pertanyaan, kalau orang sihat bagaimana? Apakah ilmu psikologi boleh membantu orang yang sihat secara psikologi menjadi lebih bahagia dan lebih berprestasi?. Tidak ada, sampai didirikannya cabang ilmu baru, Positive Psychology, oleh Prof. Martin Seligman, yang saat itu baru dipilih sebagai presiden American Psychological Association, pada tahun 1998.

Menurut Prof. Seligman, ada tiga cara untuk bahagia:

1. Have a Pleasant Life (life of enjoyment)

Milikilah hidup yang menyenangkan, dapatkan kenikmatan sebanyak mungkin. Ini mungkin cara yang ditempuh oleh kaum hedonis. Tetapi jika ini cara yang kita tempuh, hati-hati dengan jebakan hedonic treadmill (semakin kita mencari kenikmatan, semakin kita sukar dipuaskan) dan jebakan habituation (kebosanan kerana terlalu banyak, misalnya ; makan ais krim pada jilatan pertama sangat nikmat, tapi pada jilatan keduapuluh, kita jadi ingin muntah). Tetapi pada ukuran yang tertentu, cara ini bisa sangat membahagiakan.

2. Have a Good Life (life of engagement)

Dalam bahasa Aristoteles disebut eudaimonia, libatkanlah dalam pekerjaan, hubungan atau kegiatan yang membuat kita mengalami "flow". Merasa terserap dalam kegiatan itu, seakan-akan waktu berhenti bergerak, kita bahkan tidak merasakan apapun, kerana sangat "khusyu'". Fenomena ini diteliti secara khusus oleh rekan Seligman, Mihaly Csikzentmihalyi. Dan memberikan 7 ciri-ciri kita dalam kondisi flow:

a. Sepenuhnya terlibat pada apa yang kita lakukan (focused, concentrated, khusyu')

b. Merasakan "a senses of ecstasy" (seperti berada di luar realiti sehari-hari)

c. Memiliki "kejernihan yang luarbiasa" (benar2 memahami apa yang harus dikerjakan dan bagaimana mengerjakannya)

d. Menyedari bahawa cabaran pekerjaan yang sedang ia hadapi benar-benar dapat ia atasi (bahawa skill yang kita miliki cukup memadai untuk mengerjakan tugas tersebut)

e. Merasakan "kedamaian hati" (tidak ada kekhuwatiran dan merasakan diri kita sedang bertumbuh melampaui ego kita sendiri)

f. Terserap oleh waktu (kerana khusyu' mengerjakan dan benar-benar terfokus pada "saat ini dan disini", waktu seakan-akan berlalu tanpa terasa)

g. Motivasi Intrinsik (dimana merasakan "flow" itu sendiri sudah merupakan hadiah yang cukup berharga untuk melakukan pekerjaan itu)

3. Have A Meaningful Life (life of Contribution)

Milikilah semangat melayani, berkontribusi dan bermanfaat untuk orang lain atau mahluk lain. Menjadi bahagian dari organisasi atau kelompok , tradisi atau gerakan tertentu. Merasa hidup kita memiliki "makna" yang lebih tinggi dan lebih abadi dibanding diri kita sendiri.

Tiga hal ini-lah yang menjadi fokus kajian positive psychology.. iaitu bagaimana memiliki hidup yang bermakna, pekerjaan yang membuat "flow" dan aktiviti yang kita nikmati. Dalam istilah pelopor positive psychology di Monash University, Dr Dianne A Vella-Brodrick : Bake A Cake (life of engagement=flow), Eat A Cake (life of enjoyment) or Give A Cake (life of contribition).

Jadi, manakah yang membuat anda paling bahagia? proses membuat kek, memakan kek, atau berbagi kek kepada jiran tetanga anda?

Kita akan bahas lebih mendalam tentang The Science of Happiness ini di dalam The Total Solution Training, 1-3 Julai ini.

Ahmad Faiz Zainuddin
Founder of SEFT

Friday, May 27, 2011

Adakah Kesan Terapi SEFT Berkekalan?


Satu persoalan yang sering ditanya dalam siri Workshop yang kami adakan.. Adakah selepas dilakukan terapi SEFT kesannya kekal?

Sebagai contoh untuk masalah ketagihan rokok. Selalunya selepas dilakukan SEFT rokok akan terasa tawar atau tak sedap lagi. Persoalannya adakah rasa tawar atau tak sedap itu kekal. Menarik untuk dikupas.
Berdasar pengalaman kami untuk contoh di atas iaitu masalah rokok, selepas diterapi memang rasa rokok itu kekal tawar dan tak sedap. Ada satu client yang telah kami lakukan terapi pada bulan Mei tahun lepas, maknanya setelah setahun rasa tawar itu kekal. Tetapi dia masih merokok!!

Ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh oleh Dr. Jack Rowe, membuktikan bahawa kesan Energy Therapy relatifnya kekal (permanent). Beliau meneliti bahawa tingkat stress para pekerja yang diberikan latihan Energy Therapy terus bertahan walaupun setelah 6 bulan.

Persoalannya mengapa seseorang itu masih merokok walaupun dia telah merasakan rokok itu tawar. Persoalan ini samalah dengan mengapa kita masih merokok sedangkan kita tahu sebab akibat merokok. Jadi bagi mereka yang ingin berhenti merokok atau apa sahaja masalah, kita kena cari kenapa kita masih melakukannya. Apabila kita tahu sebab atau puncanya maka kita lakukan SEFT pada punca atau penyebab itu. Contohnya rasa ‘gian’ untuk merokok selepas makan, maka kita buat SEFT untuk rasa gian itu.

Untuk masalah merokok, bergantung kepada individu. Ada yang sekali saja diterapi terus ‘bertaubat’ tak mahu menghisap rokok lagi. Ada juga yang perlu dilakukan terapi banyak kali. Ianya juga bergantung kepada keadaan. Bukannya SEFT tidak efektif, tetapi kita memerlukan ‘SKILL’ untuk berhadapan dengan apa jua masalah. Teringat pesan guru kami “Little bit learning is dangerous”.

Untuk masalah fizikal atau masalah kesihatan, banyak kes yang kami telah bantu melalui SEFT. Yang paling sukses, kes Kanser Hati yang dialami oleh En Khairuddin. Hingga saat ini beliau telah bebas daripada kanser dan masih sihat dan aktif buat business sekarang.

Begitu juga dengan masalah emosi seperti trauma, phobia, kecewa dan bermacam-macam lagi. Saya pernah ditanya oleh seorang client, “Adakah perasaan benci saya pada suami saya ini boleh hilang setelah buat SEFT? Takkan boleh hilang dalam masa beberapa minit sedangkan dah bertahun-tahun saya rasa benci sangat dengan suami saya”. Hasilnya Alhamdulillah, setelah beberapa minit buat SEFT, beliau mula percaya pada kaedah ini. Setelah selesai sesi terapi saya bertanya kepada beliau apa perasaan beliau pada suami? Beliau dengan senyum menjawab “Saya rasa sayang sangat pada suami, saya rindu nak jumpa dia”. Fantastic...itu yang boleh saya katakan.

Jika anda adalah salah seorang daripada yang mengalami masalah berikut atau ingin mencuba kaedah SEFT, kami syorkan anda berjumpalah dengan SEFTER atau wakil kami yang mana telah mengikuti sesi kursus yang telah kami anjurkan atau boleh juga berhubung dengan kami. InsyaAllah SEFT dapat membantu anda.

Kepada semua SEFTER yang melakukan terapi kepada orang ramai, pesan kami jangan give-up. Be persistence. Apapun masaalah, kita perlu berserah padaNya. InsyaAllah... Nothing Impossible.

Berbalik kepada persoalan adakah kesan terapi SEFT kekal atau tidak, jawapannya mudah saja. ianya bergantung kepada Allah S.W.T. Jika DIA berkehendakkannya...KUNFAYAKUN... Dan ianya juga bergantung kepada individu itu juga. Jika dia ingin terus 'mensabotaj' dirinya sendiri... maka anda sendiri tahu jawapannya. Saya akhiri tulisan kali ini dengan memetik ayat Prof Izzi, Renung-renungkan...Dan selamat beramal.

Mini Workshop Seremban

Dimaklumkan Mini Workshop di Seremban pada 29 Mei ini akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Masa 2.00 hingga 5.30 pm. Pelan lokasi di sertakan di bawah (yang bertanda A)


View Larger Map

Thursday, May 19, 2011

SEFT Basic 21 Mei 2011

Masih terdapat kekosongan bagi SEFT Basic yang akan diadakan pada 21 Mei 2011 bertempat di Pro Mind Academy. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengenali SEFT dengan lebih mendalam. Sila hubungi contact person kami.

Wednesday, May 11, 2011

SEFT ke Sabah & Brunei


Antara peserta yang hadir

Alhamdulillah syukur atas ketentuanNya. Nampaknya SEFT semakin diterima. Percubaan kami ke Sabah nampaknya positif. Masyarakat di sini mula menerima SEFT sebagai satu solution & alternatif.

Kami amat terharu dengan komitmen SEFTeR yang turut serta mengikut kami ke Sabah & Brunei. Terima kasih yang tak terhingga buat para SEFTeR yang terdiri daripadaTuan Haji Ghazali & isteri Hajah Faezah, Puan Zaiton & Puan Aminah dari Singapura, Dr Haji Zainal, Hajah Rohani (yang mesra dengan panggilan Ibu Rohani) dan Puan Rahimah dari Labuan yang berhempas pulas menjemput kami di Airport & menguruskan transport kami di sana. Sokongan anda semua membuatkan kami lebih bersemangat mengembangkan ilmu yang bermanfaat ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.

Antara perkembangan yang paling membuatkan kami amat bersyukur adalah salah seorang peserta workshop menawarkan kami menggunakan Institut Latihan milik beliau untuk program SEFT di Kota Kinabalu. InsyaAllah pada bulan Jun nanti kami akan kembali ke Kota Kinabalu. Mengikut perancangannya pada 25 Jun akan diadakan Mini Workshop di Kota Kinabalu & Labuan manakala pada 26 Jun akan diadakan SEFT Basic Training di Kota Kinabalu.

Kepada yang ingin menyertai kursus di sana sila hubungi:
Kota Kinabalu : Tn. Hj Ghazali - 016-2133449 / Ani - 016-8125696
Labuan : Rahimah - 019-8113599


Menunggu Feri ke Brunei di Labuan

Kami juga sempat ke Brunei untuk mengintai peluang di sana. Alhamdulillah perkembangannya juga positif. InsyaAllah sahabat kami di sana akan uruskan untuk mengadakan preview dan juga workshop. Mudah-mudahan usaha beliau dipermudahkan.

Thursday, April 28, 2011

SEFT Di Persidangan PPKP/PKP



Alhamdulillah kami mendapat jemputan dari Kementerian Kesihatan bagi melakukan demo & promosi SEFT pada Persidangan PKP/PPKP Sempena Jubli Emas KIKSM bertempat di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 30 April 2011 8.00am hingga 4.00pm.

Semua SEFTeR & SEFT Beginner dijemput hadir (PERCUMA)ke Booth kami di sana. Kepada yang ingin turut serta, sila hubungi kami.

Wednesday, March 30, 2011

"Unfinished Business"



“Unfinished Business”….. Satu topik yang menarik untuk dibahaskan.

Telah setahun saya mengenal SEFT dan hampir setahun juga saya berkongsi ilmu SEFT di Malaysia & Singapura. Baik secara formal di sesi kursus & workshop mahupun secara tidak formal dengan client yang datang melakukan terapi SEFT dan juga rakan-rakan. Dalam tempoh setahun ini pelbagai pengalaman yang bagi saya ianya adalah anugerah Allah yang sangat berharga buat diri saya.

Melihat kegembiraan orang yang sembuh dari penyakit mahupun penderitaan emosi yang dialami sekian lama membuatkan saya sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang Allah beri ini. Kalau ditanya kepada orang sedang menderita sakit apakah yang paling berharga ataupun apa yang dia mahu dalam hidup ini, sudah tentunya dia mahu sihat. Kita hanya sedar nikmatnya sihat ni apabila kita sakit. Inilah yang sering berlaku kepada kita.

Antara kes yang paling menyentuh perasaan saya adalah En. Khairuddin yang menghidap kanser hati stage 4 yang kini telah sembuh sepenuhnya. Ada juga satu kes yang client telah cuba untuk bunuh diri!!

Kebelakangan ini banyak sekali kes yang melibatkan masalah emosi yang datang berjumpa. Kebanyakan masalah emosi ini adalah disebabkan “Unfinished Business” yang tanpa mereka sedari mengganggu hidup mereka selama ini. Di kalangan alumni juga banyak yang mengalami hal seperti ini. Banyak yang menghubungi kenapa setelah buat terapi SEFT masalah yang mereka alami tidak juga selesai. Saya sering menyarankan mereka agar selesaikan dulu unfinished business ini.

Apabila kita dapat selesaikan unfinished business ini, maka InsyaAllah masalah lain yang kita alami juga ikut selesai. SEFT merupakan satu teknologi yang membantu kita membebaskan diri daripada masalah-masalah peribadi tersebut. Dengan kata lain, menyelesaikan unfinished business yang tertunda, konflik batin yang belum diselesaikan. Setelah bebas dari belenggu “penjajahan emosi”, barulah kita dapat melangkah lebih jauh untuk mengembangkan potensi diri dengan optimum. Mengolah diri menjadi manusia sempurna. Insya Allah..

Persoalannya sekarang, adakah kita benar-benar mahu menyelesaikan unfinished business ini. Saya sering mendengar ungkapan “Saya dah maafkan dia, saya dah tak dendam dengan dia lagi”. Tetapi apabila berlaku sesuatu hal yang tidak baik kepada si fulan tersebut, kita akan cakap “Tu la, padan muka dia. Tengokla tuhan dah balas apa yang dia buat kat aku”. So… ??????

Fikir dan renungkan. Adakah kita benar-benar memaafkan??? Ini adalah satu contoh kecil sahaja. Banyak lagi contoh-contoh yang sering kita alami sama ada secara sedar atau tidak. Kita rasa kita dah memaafkan, tetapi hakikatnya tidak!

Setakat ini telah banyak yang kami bantu dengan SEFT. Kami akan share pengalaman pengalaman kami dan akan bahas lebih mendalam tentang unfinished business ini di dalam sesi kursus. Very Interesting!!!

Wallahualam
Sukri Saad

Tuesday, March 29, 2011

Perubahan Lokasi Kursus SEFT Basic 3 April 2011

Dimaklumkan bahawa venue kursus pada 3 April ini telah ditukar ke:



Cititel Express Hotel
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur

Harap maklum

Friday, March 25, 2011

Perubahan Jadual SEFT® Mini Workshop

Alhamdulillah sejak kami mula mempromosikan program Mini Workshop SEFT, banyak maklumbalas yang kami terima. Yang paling banyak adalah komen-komen dari orang Negeri Sembilan kerana tiada program di Seremban.

Sehubungan itu kami telah menyusun semula jadual Program Mini Workshop ini setelah mempertimbangkan semua permintaan dan cadangan.

Kami juga akan mengadakan Preview SEFT & Pelancaran Program MySEFT.com secara PERCUMA pada 2 April 2011 bertempat di Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur.

Harap Maklum
SEFT Malaysia

Monday, March 21, 2011

Pengalaman Menyambut Kelahiran dengan SEFT



Salam sejahtera semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menyambut kelahiran bayi kedua dengan dibantu kaedah SEFT.

Tanggal 15 Januari 2011, jam 11.57 am bayi kedua (perempuan) saya selamat dilahirkan di Hospital Pakar An Nur. Terima kasih diucapkan kepada doktor, bidan dan jururawat yang membantu.

Sebelum ini saya pernah share di dalam sesi workshop bahawa ada acupuncture point tertentu di bahagian lengan yang dapat membantu mempercepatkan kelahiran atau dengan kata lain membantu ‘membuka jalan’. Hanya dengan mengetuk (tapping) di point tersebut, tidak perlu jarum. Jadi kalau kandungan baru berusia 8 bulan, jangan gatal-gatal nak tapping pula, nanti masalah lain pula yang timbul.

Berbalik kepada pengalaman saya, kira-kira jam 8 pagi bidan melakukan pemeriksaan dan mengatakan baru buka 3cm. Ketika ini saya lihat isteri saya masih steady lagi, boleh bergurau lagi. Kemudian saya melakukan SEFT untuk emosi beliau. Rasa takut, rasa risau, dan macam-macam emosi yang hanya kaum ibu yang sedang berhadapan dengan situasi ini saja yang mengerti. Jadi kepada kaum bapa, inilah saat-saat yang jasa anda amat-amat diperlukan. Sokongan moral ketika ini amat berharga dan tidak mungkin dilupakan oleh isteri anda.

Kira-kira jam 10 pagi, isteri saya mula rasa sakit. Setelah lakukan SEFT untuk rasa sakit beliau, saya mula tapping di bahagian lengan secara berterusan. Saya lihat bidan kat situ tengok je saya tapping. Mungkin dalam hati dia cakap “apa la mamat ni buat”.

Sehingga jam 11.45 pagi, isteri saya mengadu hendak buang air besar dan ketika itu hanya bidan saja yang ada. Rasanya mungkin bidan tu tak jangka baby dah nak keluar. Kemudian saya meminta bidan tu panggil doktor dan apabila doktor sampai saya sendiri lihat kepala baby dah nampak. Maka dengan tergesa-gesanya doktor & team bergegas prepare untuk menyambut kelahiran. Kelam kabut juga saya lihat, berbeza dengan kelahiran pertama dahulu. Di tempat & katil yang sama anak sulong saya dilahirkan cuma bezanya kali ini Dr. Khamsiah bercuti dan diganti dengan doktor lain.

Setelah semua ready, isteri saya selamat melahirkan baby dengan sekali teran sahaja. Alhamdulillah semuanya selamat dan saya bersyukur sekali dengan anugerah Allah ini. Yang paling berharga saya dapat menyaksikannya dari awal untuk kali kedua. Cuma kali ini lebih istimewa kerana saya dapat membantu dengan kaedah SEFT.

Bila saya Tanya pada isteri macam mana third baby? Dia hanya senyum je!!!

Wassalam
Sukri Saad

Thursday, March 17, 2011

Wakil SEFT Malaysia

Kami membuka peluang kepada SEFTeR dan SEFT Beginner (Alumni Workshop SEFT) untuk menjadi Wakil bagi program kami. Kami menawarkan peluang ini kepada anda terlebih dahulu sebagai tanda penghargaan kerana anda telah menyokong kami selama ini.

Banyak peluang & faedah yang diperolehi sekiranya anda menjadi wakil kami.

Sila hubungi kami (Dr Yusof Rabu atau Sukri Saad) untuk maklumat lanjut.

Thursday, January 13, 2011

SEFT Gathering 2011



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua.

Atas perbincangan dan maklumbalas daripada Alumni, kami akan menganjurkan Perjumpaan antara SEFTeR & SEFT Beginner.

Perjumpaan ini terbuka kepada semua SEFTeR (Alumni SEFT Total Solution Training) dan SEFT Beginner (Alumni Workshop SEFT) sama ada yang mengikuti kursus di Malaysia atau di Indonesia.

Bagi yang pernah mengikuti kursus di Indonesia, anda perlu membawa SEFTeR ID Card.

Maklumat mengenai perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 & 30 Januari 2011
Pendaftaran : 09.00 pagi
Tempat : Le Paris International Hotel, PD
Bayaran :


*Kanak-kanak :3-11 tahun
*Ahli keluarga boleh memilih sama ada mahu mengambil pakej atau tidak

Penginapan :




*Breakfast Dewasa RM15.00/pax, Kanak-kanak RM9/pax

Sila sahkan kehadiran anda kepada kami selewat-lewatnya 22 Januari 2011. Pengesahan dapat dilakukan dengan menghubungi kami dan memasukkan bayaran ke akaun PRO MIND SOLUTIONS, No. Akaun 562263012182 (Maybank).

*Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menginap atau tidak.
*Anda boleh membawa keluarga bersama, di samping mengadakan perjumpaan anda juga dapat membawa keluarga bercuti.
*Alumni di Singapura sila hubungi Puan Zaiton Maazib

ITINERARY SEFT GATHERING
DAY 1 (29 Jan)

09.00 – 09.30 : Registration
09.30 – 10.30 : Sesi ‘Silaturrahim’
10.30 – 11.00 : Tea Break
11.00 – 13.00 : Sesi ‘Sharing Experience’
13.00 - 15.00 : Lunch & Check in & Zuhur
15.00 – 17.00 : Sesi ‘Hopes & Dreams’
17.00 – 17.30 : Tea Break & Asar
17.30 – 18.30 : Sesi ‘Loves & Relaxation’ (di pantai)
18.30 – 20.00 : Break & Maghrib
20.00 – 22.30 : BBQ

DAY 2 (30 Jan)
07.00 – 08.00 : Breathing Exercise (di pantai)
08.00 – 12.00 : Breakfast & Aktiviti Bebas
12.00 – 13.00 : Check Out

Gambar Hotel



Lokasi Hotel