30 Mac 2010
Kami mendapat panggilan daripada seorang sahabat memberitahu bahawa ibunya sedang ‘kritikal’. Telah 5 hari terlantar di katil tidak dapat bangun. Apabila ditanya apakah puncanya, ternyata kesemua adik-beradik beliau pun tidak tahu kenapa.
Apabila kami sampai saja di lokasi, semua adik-beradik termasuk beliau seramai 11 orang menyambut kedatangan kami. Setelah melakukan pemeriksaan, ternyata masalah yang dihadapi adalah masalah ‘spiritual’.
Kami memulakan rawatan spiritual dengan menambah kaedah SEFT. Dr. Yusof melakukan rawatan ke atas pesakit, manakala saya melakukan ‘Surrogate SEFT’ pada anak pesakit tersebut. Setelah melakukan rawatan pada pesakit dan selesai satu putaran tapping pada anaknya, Alhamdulillah ibunya sudah boleh duduk dan boleh bercakap dengan lancar.
Seterusnya kami melakukan tapping pada pesakit. Setelah selesai satu putaran tapping, Alhamdulillah keadaannya bertambah baik, sudah boleh bangun dan boleh berjalan. Mudah-mudahan masalah yang ‘mengganggu’ itu dengan ikhlas dan pasrah tidak mahu ‘mangganggu’ lagi.
Kami amat yakin dengan kaedah sedia ada apabila digabungkan dengan SEFT, keberkesanannya amat menakjubkan. Apapun ini semua kuasa Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Penyembuh. Kita pasrahkan padaNya. Yang penting kita berikhtiar untuk menyelesaikannya.
Teringat kata-kata Pak Faiz “Try it on everything”. Apa saja kita boleh cuba dengan SEFT. Bahkan ada di antara alumni SEFT di Indonesia telah mencuba SEFT untuk tanaman dan binatang peliharaan. Ternyata amat menakjubkan. Pokok yang selama ini tidak pernah berbuah mula berbunga. Binatang yang selama ini tidak membiak mula bertelur. Dengar pun macam tak logik. Tetapi inilah kenyataannya. Bila kita yakin, khusu’, ikhlas, pasrah dan syukur, InsyaAllah.
Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment