Monday, October 11, 2010
Focus Workshop : SEFT® For Examination (SPM/STPM Student)
Peperiksaan utama seperti SPM dan STPM sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan dan perlu dihadapi oleh setiap pelajar. Peperiksaan ini yang akan menentukan ke manakah hala tuju para pelajar. Bagi sesetengah pelajar detik peperiksaan ini merupakan sesuatu yang amat ditakuti.
Berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengalami detik peperiksaan, saya amat memahami perasaan pelajar yang akan berhadapan dengan situasi ini. Kadangkala pada saat peperiksaan pelajar mengalami situasi ‘blank’, tiba-tiba segala yang telah diulangkaji hilang begitu sahaja. Apabila keadaan ini berlaku, maka secara psikologinya pelajar ini akan mengalami keadaan stress sehinggakan ia berlarutan sepanjang hari. Bayangkan jika pada hari tersebut ada 3 peperiksaan yang perlu diambil. Walaupun pelajar tersebut merupakan pelajar yang pintar, jika keadaan emosinya terganggu sudah tentu ia mempengaruhi mood nya untuk menjawab soalan peperiksaan.
SEFT sememangnya amat berguna untuk berhadapan dengan situasi ini. Sesi workshop selama 3 jam ini akan memberikan skill dan teknik kepada pelajar untuk mengendalikan emosi ketika sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.
Antara teknik yang akan dipelajari di dalam workshop ini:
•Teknik meningkatkan keyakinan diri
•Teknik meningkatkan semangat belajar
•Teknik mengatasi rasa malas/mengantuk
•Teknik mengatasi nervous menjelang peperiksaan
•Teknik mengatasi stress belajar
•Teknik mengatasi masalah lupa
•Teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tenang
Mudah-mudahan workshop ini memberikan manfaat kepada semua
Maklumat Workshop
Tempat : KL International Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh : 5 Nov 2010
Sesi 1 : 9.00 pm – 12.00 pm
Yuran Workshop
Pakej 1 : RM50.00 seorang (pelajar sahaja)
Pakej 2 : RM100.00 3 orang (pelajar bersama ibu dan bapa)
Klik untuk daftar : Borang Pendaftaran
Setiap sesi terhad kepada 100 orang sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment