skip to main |
skip to sidebar
Saya ingin berkongsi pengalaman membantu seorang yang mengalami phobia dengan tempat
gelap, confine space, naik kereta dan kalau naik lift sorang pun tak
boleh.. Sudah lebih 5 tahun beliau menderita phobia ini.
Apabila bertanya kepada beliau, ternyata phobia yang dialami mula
disedari selepas kejadian accident dan semenjak dari itu beliau
terbawa-bawa perasaan takut itu di dalam kehidupan beliau. Ternyata
phobia yang dialami memiliki akar di masa lalu. Untuk menyembuhkannya
mesti dari akarnya.
Jadi di
sini saya gunakan "Tell the story technique" dikombinasikan dengan "The movie
technique". Semasa tapping beliau menangis, menjerit hingga menggigil
sehinggalah habis satu putaran.
Kemudian saya meminta beliau
mengingati kejadian accident, Alhamdulillah apabila beliau mengingatinya
semula tiada lagi perasaan takut tersebut.
Untuk
membuktikannya secara nyata, saya membawa beliau ke lift hotel dan
meminta beliau memasuki lift tersebut seorang diri. Untuk menambahkan
keyakinan pada beliau, saya tapping under the eye point di hadapan lift
tersebut.
Alhamdulillah dengan selambanya beliau memasuki lift
seorang diri dengan bergaya..dan menekan butang lift. Hinggalah pintu
lift tertutup.. Berdebar juga saya menunggu di bawah. Mana tau takut dia
melalak dalam lift tu. :-)..
Seberapa ketika menunggu pintu
lift terbuka... dan terpancar kegembiraan pada kakak tersebut... Lalu
terpancul dari mulut kakak tersebut.. "Alhamdulillah dik.. Akak dah tak
sabar nak ke Mekah.. Kerana phobia ni yang menyebabkan akak tak boleh ke
Mekah"
Ketika itu berlinangan air mata saya.. Very touching.. Kerana phobia ini menghalang beliau untuk ke Mekah dan saya berpeluang membantu beliau..Alhamdulillah..Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini..
Itulah sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama.. Moga bermanfaat..
Wassalam
Sukri Saad
0 comments:
Post a Comment