Tuesday, July 13, 2010

Workshop SEFT di Singapura

Alhamdulillah krew SEFT Malaysia akan ke Singapura mengadakan Workshop Basic Healing. Workshop ini dianjurkan oleh Puan Zaiton Maazib pemilik Zai Heritage yang merupakan Alumni SEFT Malaysia Angkatan 1. Maklumat workshop adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 Julai 2010
Masa : 9.00 am hingga 1.00 pm
Venue : Quality Hotel, Balestier Road.
(Untuk menjadi peserta, sila hubungi Puan Zaiton di +6562995093)

Sehubungan itu kami menjemput semua Alumni Angkatan 1 dan SEFT Beginner yang berminat untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi saya (Sukri).

Tuesday, July 6, 2010

SEFT Total Solution Training Angkatan Pertama Malaysia


Peserta bersama Founder SEFT

Alhamdulillah dengan izinnya SEFT Total Solution Angkatan 1 telah selesai dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah menjayakan kursus ini terutamanya kepada SEFT Beginner yang kini telah menjadi Alumni SEFT & SEFTer yang tidak henti-henti menyokong kami. Tidak lupa kepada staff Pro Mind yang bersungguh-sungguh memberikan komitmen.

Apa yang kami impikan dan doakan supaya dapat membawa Founder SEFT ke Malaysia telah dikabulkan Allah SWT. Dalam masa sesingkat 3 bulan kami berkenalan dengan SEFT ini, bagaikan tidak percaya kami dapat membawa Ahmad Faiz ke sini.

Sepanjang sesi training banyak kejadian & peristiwa yang saya yakin akan terpahat dalam ingatan setiap peserta kursus. Begitu banyak kebesaran dan kekuasaan yang DIA tunjukkan kepada kita. With God Nothing Impossible!!!! KUN FA YA KUN

Antara yang paling menyentuh hati saya adalah berita tentang kesihatan En. Khairuddin (peserta workshop UKM) yang menghidap kanser hati stage 4. Dalam sesi kursus beliau mendapat call daripada doktor peribadi beliau yang berada di Miami yang mengesahkan kanser beliau kini turun kepada stage 2. Untuk pengetahuan semua, sesi workshop di UKM adalah yang pertama kali kami terpaksa lakukan Surrogate SEFT secara praktikal kerana kesihatan beliau semasa sesi workshop pada ketika itu. Alhamdulillah sejak dari workshop di UKM hingga kini kesihatan En. Khairuddin bertambah baik. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau benar-benar pulih dan sembuh.

Begitu juga dengan Tuan Haji Ghazali, semalam saya mendapat sms daripada beliau. Beliau kini dah boleh berdiri dan berjalan menggunakan walking frame. Kaki beliau tidak sakit lagi. Kami sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Mudah-mudahan beliau dapat berjalan seperti sedia kala.

Kami juga amat terharu dengan komen-komen peserta Angkatan 1. Speachless!!! Malah selepas kursus, pelbagai inisiatif yang diusahakan oleh alumni-alumni untuk membantu kawan-kawan dan saudara mara. Ini mengingatkan saya dengan komen daripada Founder SEFT Ahmad Faiz Zainuddin, beliau mengatakan peserta Angkatan 1 ini sangat berkualiti dan komited. Beliau benar-benar kagum dengan Alumni Angkatan 1. Semoga Alumni Angkatan 1 ini dapat membantu masyarakat dan seterusnya dapat mengembangkan SEFT di Malaysia.