Tuesday, October 26, 2010

Children LEARN What They LIVE

By Dorothy Law Nolte, PHD



If Children live with CRITICISM
They learn to CONDEMN
If Children live with HOSTILITY
They learn to FIGHT
If Children live with FEAR
They learn to be APPREHENSIVE
If Children live with PITY
They learn to FEEL SORRY FOR THEMSELVES
If Children live with RIDICULE
They learn to FEEL SHY
If Children live with JEALOUSY
They learn to FEEL ENVY
If Children live with SHAME
They learn to FEEL GUILTY
If Children live with ENCOURAGEMENT
They learn CONFIDENCE
If Children live with TOLERANCE
They learn PATIENT
If Children live with PRAISE
They learn to APPRECIATION
If Children live with ACCEPTANCE
They learn to LOVE
If Children live with APPROVAL
They learn to LIKE THEMSELVES
If Children live with RECOGNITION
They learn IT IS GOOD TO HAVE A GOAL
If Children live with SHARING,
They learn GENEROSITY
If Children live with HONESTY
They learn TRUTHFULNESS
If Children live with FAIRNESS
They learn JUSTICE
If Children live with KINDNESS & CONSIDERATION
They learn RESPECT
If Children live with SECURITY
They learn to have FAITH IN THEMSELVES & IN THOSE ABOUT THEM
If Children live with FRIENDLINESS
They learn THE WORLD IS A NICE PLACE IN WHICH TO LIVE

HOW ARE YOUR CHILDREN?

Friday, October 22, 2010

Penangguhan Program

Dimaklumkan bahawa program pada 23 & 24 Okt ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian
Mohon maaf dan harap Maklum

Wednesday, October 20, 2010

Sama-samalah Kita Bantu


Pn. Rohana


En. Abu Bakar

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana niat kami untuk menemui saudara Abu Bakar & family dipermudahkanNya. Kebetulan salah seorang peserta kursus kami di Majlis Daerah Sabak Bernam adalah kenalan Abu Bakar dan sekampung dengannya. Syukur juga salah seorang SEFTer (En. Hasan Sahli) dari Tanjung Karang sudi ikut membantu.

Kami tiba di rumah En Abu Bakar di Bagan Sungai Pulai jam 6.00 petang. Beliau memang seorang yang peramah dan sentiasa ceria walaupun beliau masih lagi dalam proses rawatan sakit kanser (telah menjalani pembedahan) dan isteri beliau telah menghidap sakit saraf yang agak misteri sejak 6 tahun yang lalu selepas melahirkan anak bongsu mereka.

Melihat kepada kasih, sayang dan cinta En. Bakar terhadap isterinya membuatkan kami insaf dan betul-betul terharu. Bagaimana jika saya berada di tempat beliau??? Atau bagaimana jika anda berada di tempat beliau?? Teringat dalam setiap workshop dan training, saya suka akhiri dengan persoalan …Dan bukankah cinta itu yang paling indah? Sama-samalah kita muhasabah diri kita.

CINTA… Mencintai dan dicintai…
Ya Allah.. Mudah-mudahan apapun yang aku lakukan, Kau bantulah aku untuk lebih dekat denganMu, Lebih mencintaiMu, Lebih Kau cintai dan Kau redhai….Dan Mudah-mudahan apapun yang aku lakukan akan membawa manfaat yang sebesar-besarnya untuk sebanyak mungkin makhlukMu, Menjadi Rahmatan Lil A’lamin…

Kepada SEFTer dan SEFT Beginner yang mengetahui bagaimana melakukan Surrogate SEFT, sama-samalah kita melakukannya untuk membantu Puan Rohana supaya sembuh dari penderitaannya seterusnya dapat menjalani dan menikmati kehidupan ini dalam keadaan normal seperti sebelum ini InsyaAllah. Kami akan sms set-up nya supaya ia lebih efektif.

Kepada pembaca blog yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan anda ke akaun En. Abu Bakar Ismail, No. Akaun 01048-4100002702-5 (Bank Simpanan Nasional). Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan kita dapat meringankan beban mereka dan diberkati Allah S.W.T.

Thursday, October 14, 2010

SEFT Untuk Masalah Hutang

Saya yakin ramai di kalangan kita yang pernah berhutang ataupun yang tak ‘syok’nya orang berhutang dengan kita. Lebih-lebih lagi saudara-mara mahupun kawan baik kita. Sudah tentu kita segan atau malu untuk minta hutang terutama dengan kawan baik kita. Kawan yang pinjam wang dengan kita tu pula buat-buat tak tahu sahaja walaupun kita dah bagi hint.

Kadangkala kita terpaksa batalkan niat untuk menziarah kawan-kawan kerana kita bimbang kawan kita menganggap kedatangan kita ni untuk minta hutang. Serba salah kita dibuatnya.

Saya ingin berkongsi pengalaman melakukan SEFT kepada orang yang berhutang dengan saya. Saya lakukan SEFT dan Surrogate SEFT secara konsisten setiap kali lepas solat dan Alhamdulillah selepas 2 minggu saya melakukannya saya dapat kembali wang yang saya bagi pinjam kepada beliau. Yang menariknya dalam masa 2 minggu itu saya langsung tidak menghubungi beliau apatah lagi bertanyakan mengenai hutang.

Syukur pada Allah S.W.T yang memberi peluang kepada saya mempelajari teknik ini kerana sehingga hari ini pelbagai masalah dapat diselesaikan melalui SEFT.

Begitu juga dengan Dr. Yusof Rabu. Sebelum Raya Aidilfitri baru-baru ini secara tiba-tiba ada seorang sahabat beliau yang menghantar sms mengatakan bahawa beliau baru memasukkan sejumlah wang yang pernah beliau pinjam dari Dr. Yusof. Padahal Dr. Yusof sendiri pun telah terlupa bahawa sahabat beliau ni ada meminjam wang daripada beliau. Inilah yang dikatakan.. With GOD, Nothing Impossible!!

Berbeza dengan saya, Dr. Yusof menggunakan kalimat Set-Up secara umum (sesiapa sahaja yang pernah berhutang dengannya). Saya melakukan Set-Up secara khusus kepada orang yang berhutang dangan saya.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan inspirasi kepada semua baik SEFTer, SEFT Beginner dan semua pembaca blog ini.

Wednesday, October 13, 2010

Gathering SEFTer & SEFT Beginner

Perjumpaan julung kali SEFTer & SEFT Beginner (Alumni Workshop SEFT) akan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman.

Semua dijemput hadir.

Maklumat Perjumpaan adalah seperti berikut:
Tempat : Cititel Express Hotel
Tarikh : 17 hb Okt 2010
Masa : 5.00pm - 7.00 pm (Selepas SEFT Basic Training)

TIADA BAYARAN DIKENAKAN

Hubungi Contact Person kami untuk pengesahan.

Tuesday, October 12, 2010

Perubahan Venue SEFT Basic Training, KL

Dimaklumkan bahawa lokasi kursus SEFT Basic 17 Oktober 2010, Kuala Lumpur ditukar ke:

CITITEL EXPRESS HOTEL
449, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel. No.: +603 2691 9833


Location Map




Building

Monday, October 11, 2010

Focus Workshop : SEFT® For Examination (SPM/STPM Student)



Peperiksaan utama seperti SPM dan STPM sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan dan perlu dihadapi oleh setiap pelajar. Peperiksaan ini yang akan menentukan ke manakah hala tuju para pelajar. Bagi sesetengah pelajar detik peperiksaan ini merupakan sesuatu yang amat ditakuti.

Berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengalami detik peperiksaan, saya amat memahami perasaan pelajar yang akan berhadapan dengan situasi ini. Kadangkala pada saat peperiksaan pelajar mengalami situasi ‘blank’, tiba-tiba segala yang telah diulangkaji hilang begitu sahaja. Apabila keadaan ini berlaku, maka secara psikologinya pelajar ini akan mengalami keadaan stress sehinggakan ia berlarutan sepanjang hari. Bayangkan jika pada hari tersebut ada 3 peperiksaan yang perlu diambil. Walaupun pelajar tersebut merupakan pelajar yang pintar, jika keadaan emosinya terganggu sudah tentu ia mempengaruhi mood nya untuk menjawab soalan peperiksaan.

SEFT sememangnya amat berguna untuk berhadapan dengan situasi ini. Sesi workshop selama 3 jam ini akan memberikan skill dan teknik kepada pelajar untuk mengendalikan emosi ketika sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.

Antara teknik yang akan dipelajari di dalam workshop ini:
•Teknik meningkatkan keyakinan diri
•Teknik meningkatkan semangat belajar
•Teknik mengatasi rasa malas/mengantuk
•Teknik mengatasi nervous menjelang peperiksaan
•Teknik mengatasi stress belajar
•Teknik mengatasi masalah lupa
•Teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tenang

Mudah-mudahan workshop ini memberikan manfaat kepada semua

Maklumat Workshop
Tempat : KL International Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh : 5 Nov 2010
Sesi 1 : 9.00 pm – 12.00 pm

Yuran Workshop
Pakej 1 : RM50.00 seorang (pelajar sahaja)
Pakej 2 : RM100.00 3 orang (pelajar bersama ibu dan bapa)

Klik untuk daftar : Borang Pendaftaran

Setiap sesi terhad kepada 100 orang sahaja.

Tuesday, October 5, 2010

SEFT® FOR SUCCESS (LOGOS LUCKY LIFE)



Semua orang ingin meraih kejayaan dalam hidupnya, tetapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kejayaan (success)? Apa alasan kita untuk kejayaan? Apakah kita betul-betul menginginkannya? Bagaimana cara untuk kita mencapai kejayaan itu? Apakah kaedah atau tool yang kita gunakan untuk meraih apa yang kita inginkan itu?

Pernahkah anda mengalami 2 keadaan ini:

Pertama; perniagaan, kerjaya atau usaha anda sering tidak berjaya ataupun separuh jalan. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Sedangkan telah bermacam cara telah dilakukan tetapi masih juga tidak berjaya. Mungkin kita tidak sedar bahawa ‘sampah emosi’ dalam diri kita yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

Kedua; kejadian kebetulan yang terjadi secara konsisten mendukung kita seperti berada di tempat yang tepat pada saat yang tepat. Contohnya secara kebetulan anda sering dapat tempat letak kereta, padahal tempat tersebut sangat sibuk dan parkingnya sentiasa penuh. Ataupun tanpa sengaja anda bertemu orang-orang yang dapat membantu anda pada waktu yang memang anda sangat perlukan bantuan. Inilah yang dikatakan sebagai orang sering beruntung atau bertuah. Adakah Faktor Keberuntungan ini semata-mata takdir atau sebenarnya kita boleh mencipta Faktor Keberuntungan di dalam hidup kita.

SEFT mempunyai jawapan kepada 2 keadaan di atas:

Pertama; SEFT mempunyai kaedah atau tool bagaimana untuk membersihkan ‘sampah emosi’ dalam diri kita yang tanpa kita sedari telah menghambat kejayaan kita selama ini.

Kedua; dengan SEFT juga dapatmeningkatkan keberuntungan (tuah) dengan “5 Principle to be Lucky You” dan juga meraih apa yang kita inginkan dengan “Deep SEFT”

SEFT For Success atau juga dikenali dengan LoGOS Lucky Life Training adalah kursus satu hari (8 jam) yang akan mambahaskan tentang kejayaan melalui kaedah SEFT. Anda akan mempelajari 3 langkah mudah dalam SEFT untuk kejayaan dan juga formula mudah untuk menambah keberuntungan (tuah).


Siapa Perlu Hadir?

• Sesiapa saja yang berminat untuk berjaya

Tarikh & Tempat
31 Okt 2010 - KL International Hotel, Kuala Lumpur

Masa : 8:30 am – 6:30 pm

Fee – RM720.00
*Warga Singapore -$400.00
(10 orang terawal RM540.00 sahaja)
(SEFT Beginner – RM450 sahaja)
*SEFT Beginner Singapore - $280.00
(SEFTeR – F.O.C – Meal Only)

*Hubungi Zai Heritage

Anda akan mendapat:
• Training Kit
• Sijil Penyertaan
• Handout
• Workbook ; Personal Peace Procedure
• Workbook ; LoGOS Lucky Life Diciplines
• 1 Lunch & 2 Tea Break
• Kad Alumni SEFT For Success


Apa Faedah Anda Menghadiri Workshop Ini?

• Anda dapat mengetahui bagaimana cara melakukan Emotional Detoxification untuk menghilangkan ‘sampah emosi’ yang menghambat kejayaan
• Anda memperolehi inspirasi bagaimana cara meningkatkan keberuntungan (tuah) dalam hidup dengan menerapkan prinsip-prinsip yang terbukti secara ilmiah
• Anda memperolehi skill praktis untuk menerapkan prinsip-prinsip meraih keberuntungan (tuah) dengan melakukan Deep SEFT


After Sales Service

1. 100% Money Back Guarantee
Kursus ini dijamin dengan Customer Satisfaction berupa Jaminan 100% wang dikembalikan jika setelah 7 minggu mempraktikkan “3 Simple LoGOS Lucky Principle”, tidak berubah keberuntungan

2. Free of Charge for Next Public Training
Percuma untuk mengikuti SEFT For Success Training yang dianjurkan oleh LoGOS Institute di seluruh Malaysia.

3. Special Discount for SEFT Total Solution Training
Diskaun untuk SEFT Total Solution yang dianjurkan oleh LoGOS Institute di seluruh Malaysia.

SILA SAHKAN TEMPAT SEKARANG. SETIAP SESI TERHAD KEPADA 50 ORANG SAHAJA

SEFT® ESSENTIAL TRAINING



SEFT Essential Training adalah versi satu hari daripada daripada Total Solution Training (3 hari). Sesi kursus selama 8 jam ini dirangka khusus kepada mereka yang benar-benar ingin mempelajari dan menguasai SEFT untuk penyembuhan namun mempunyai kekangan waktu. Di dalam sesi latihan kami langsung menyentuh perkara yang perlu dan penting (essential) dalam SEFT khusus untuk penyembuhan (healing)baik fizikal, emosional mahupun spiritual.

Setelah mengikuti sesi latihan satu hari ini anda dijamin dapat mempraktikkan SEFT untuk diri sendiri mahupun untuk membantu orang lain.

Siapa Perlu Hadir?

• Sesiapa saja yang berminat
• Kakitangan Kerajaan / Swasta mahupun yang telan bersara
• Ibu bapa, Pensyarah, Guru, Kaunselor, Pelajar IPTA/IPTS
• Mereka yang mahu merawat dan membantu orang lain
• Mereka yang mengalami masalah kesihatan, emosi mahupun spiritual

Tarikh & Tempat
30 Okt 2010 - KL International Hotel, Kuala Lumpur

Masa : 8.30 am - 6.30 pm


Fee – RM720.00
*Warga Singapore - $400.00
(10 orang terawal RM540.00 sahaja)
(SEFT Beginner – RM450 sahaja)
*SEFT Beginner Singapore - $280.00
(SEFTeR – F.O.C – Meal Only)


*Hubungi Zai Heritage

Anda akan mendapat:
• Training Kit
• Sijil Penyertaan
• Handout
• SEFTer Workbook
• 1 Lunch & 2 Tea Break
• Kad Alumni SEFT Essential

Apa Faedah Anda Menghadiri SEFT Essential Training?

• Anda dapat mempelajari kaedah SEFT For Healing secara keseluruhan
• Anda dapat mempelajari Advance Technique of SEFT (Surrogate SEFT, Subtle/Hidden SEFT)
• Anda dapat menyelesaikan pelbagai masalah fizikal, emosional & spiritual dengan cepat (5-50 minit), kesannya dapat dirasai dalam tempoh 15 minit.
• Anda dapat mempraktikkan kaedah SEFT ini untuk diri anda, keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, sub-ordinate, pelajar, dan sesiapa saja yang ingin anda bantu

After Sales Service


1. 100% Money Back Guarantee
Kursus ini dijamin dengan Customer Satisfaction berupa Jaminan 100% wang dikembalikan jika setelah mengikut semua sesi latihan, peserta tidak boleh mempraktikkan SEFT dengan betul.

2. Free Refinement Session
Berpeluang mendapatkan program pendampingan implementasi teknik yang diberikan dalam kehidupan sehari-hari oleh SEFTer Profesional dari LoGOS Institute dan para SEFTer lain.

3. Free of Charge for Next Public Training
Percuma untuk mengikuti SEFT Essential Training yang dianjurkan oleh LoGOS Institute di seluruh Malaysia.

4. Special Discount for SEFT Total Solution Training
Diskaun untuk SEFT Total Solution yang dianjurkan oleh LoGOS Institute di seluruh Malaysia

SILA SAHKAN TEMPAT SEKARANG. SETIAP SESI TERHAD KEPADA 50 ORANG SAHAJA