Friday, May 11, 2012

Phobia Kerana Trauma

Saya ingin berkongsi pengalaman membantu seorang yang mengalami phobia dengan tempat gelap, confine space, naik kereta dan kalau naik lift sorang pun tak boleh.. Sudah lebih 5 tahun beliau menderita phobia ini.

Apabila bertanya kepada beliau, ternyata phobia yang dialami mula disedari selepas kejadian accident dan semenjak dari itu beliau terbawa-bawa perasaan takut itu di dalam kehidupan beliau. Ternyata phobia yang dialami memiliki akar di masa lalu. Untuk menyembuhkannya mesti dari akarnya.

Jadi di sini saya gunakan "Tell the story technique" dikombinasikan dengan  "The movie technique". Semasa tapping beliau menangis, menjerit hingga menggigil sehinggalah habis satu putaran.

Kemudian saya meminta beliau mengingati kejadian accident, Alhamdulillah apabila beliau mengingatinya semula tiada lagi perasaan takut tersebut.

Untuk membuktikannya secara nyata, saya membawa beliau ke lift hotel dan meminta beliau memasuki lift tersebut seorang diri. Untuk menambahkan keyakinan pada beliau, saya tapping under the eye point di hadapan lift tersebut.

Alhamdulillah dengan selambanya beliau memasuki lift seorang diri dengan bergaya..dan menekan butang lift. Hinggalah pintu lift tertutup.. Berdebar juga saya menunggu di bawah. Mana tau takut dia melalak dalam lift tu. :-)..
Seberapa ketika menunggu pintu lift terbuka... dan terpancar kegembiraan pada kakak tersebut... Lalu terpancul dari mulut kakak tersebut.. "Alhamdulillah dik.. Akak dah tak sabar nak ke Mekah.. Kerana phobia ni yang menyebabkan akak tak boleh ke Mekah"

Ketika itu berlinangan air mata saya.. Very touching.. Kerana phobia ini menghalang beliau untuk ke Mekah dan saya berpeluang membantu beliau..Alhamdulillah..Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini..
Itulah sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama.. Moga bermanfaat..

Wassalam
Sukri Saad