Wednesday, March 31, 2010

Mengapa SEFT Digelar "TEKNIK REVOLUSIONER" ?

Efektif, mampu meyelesaikan pelbagai masalah fizikal dan emosi, bahkan untuk beberapa masalah yang tidak ada harapan lagi oleh doktor.
Ilmiah, telah dibuktikan oleh puluhan penelitian dan digunakan oleh lebih daripada 100000 orang di seluruh dunia.
Mudah, semua orang, bahkan kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia boleh melakukannya.
Cepat, hanya memerlukankan masa 5 – 50 minit. Kebiasaannya sudah dapat terasa tahap keberkesanan dalam masa lebih kurang 15 minit.
Aman, tanpa kesan sampingan, kerana tidak menggunakan ubat-ubatan, alat-alat khusus, atau teknik yang berisiko.
Murah, sekali belajar dapat digunakan selamanya.
Memberdayakan, tidak bergantung kepada terapis, setiap orang boleh melakukannya sendiri bahkan boleh membantu orang lain.
Universal, dapat digunakan untuk pelbagai masalah dan dapat dipraktikkan oleh semua tidak kira apapun latar balakang orang tersebut.
Compatible, dapat digabungkan dengan teknik-teknik lain dan dapat meningkatkan keberkesanan teknik-teknik tersebut.

SEFT® ditemukan oleh Ahmad Faiz Zainuddin dan kini dikembangkan oleh LoGOS Institute. Kini LoGOS Institute telah bekerjasama dengan Pro Mind Solutions untuk mengembangkan SEFT di Malaysia.

Apa Itu SEFT?

SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak performance’ secara cepat, mudah & universal.

Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT adalah:
1. NLP – Neuro Linguistic Programming
2. Behavioral Therapy
3. Psychoanalisa
4. Logotherapy
5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing
6. Sedona Method
7. Ericksonian Hypnosis
8. Sugesty & Affirmation
9. Visualization
10. Provocative Therapy
11. Transcedental Relaxation & Meditation
12. Gestalt Therapy
13. Energy Therapy
14. Powerful Prayer


SEFT dapat digunakan untuk:
• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 minit
• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan "SEFT for Peak Performance"
• Meningkatkan keberuntungan dengan "The Luck Factor"
• Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep SEFT"
• Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic Person Empowerment System"
• Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace Procedure"
• Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"

SEFT® merupakan penggabungan antara spiritualiti (melalui doa, keikhlasan, dan kepasrahan) dan energy psychology. Teknik ini telah dibuktikan oleh pelbagai kajian-kajian ilmiah. Tidak ada unsur ‘supranatural’ atau klinikal dalam SEFT®.

SEFT® dikembangkan daripada Emotional Freedom Technique (EFT™), oleh Gary Craig (USA), yang sekarang sangat popular di Amerika, Eropah, & Australia sebagai penyelesaian tercepat & termudah untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, dan emosi, serta untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan. Hingga kini, EFT telah digunakan oleh lebih daripada 100000 orang di seluruh dunia.

Tuesday, March 30, 2010

Foto Training SEFT Total Solutions, Hotel Somerset Surabaya


Bersama Founder SEFT Ahmad Faiz Zainuddin



Dr. Yusof Rabu bersama Ahmad Faiz Zainuddin



Dr. Yusof Rabu Bersama Pak Syarif Direktor LoGOS Institut



Bersama Pak Syarif



Antara peserta bersama Pak Syarif



Dr. Yusof bersama "peminatnya" Dr. Dian & Suami



Di LoGOS Institute...Kerjasama Terjalin

Pengalaman SEFT Total Solution Training


Alhamdulillah saya bersama partner Dr. Yusof Rabu antara rakyat Malaysia yang terawal mengikuti training SEFT. Bertempat di Somerset Hotel Surabaya, 5 hingga 7 Mac 2010.

Sepanjang sesi training kami memang menjadi perhatian peserta mahupun trainer sejak dari awal lagi, maklum la tetangga dari Malaysia. Kami agak kagum juga dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada para Doktor, Peguam, Pensyarah, CEO & Direktor Syarikat, Ustaz, malah Tukang Urut juga mahu belajar teknik ini. Yang paling saya kagum, peserta warga emas yang satu meja dengan kami Pak Haji Soewandi yang berusia 72 tahun bersama isterinya Bu Hajah Kustiningsih yang berusia 62 tahun kerana saya diberitahu bahawa training SEFT ini yang termahal di Indonesia (5 Juta Rupiah)

Sesi latihan amat menarik dengan pendekatan Pak Faiz yang relax & cool. Hari pertama sesi training lebih kepada SEFT for Healing. Semasa sesi praktikal seorang peserta secara sukarela mahu diterapi untuk demo. Seorang gadis yang fobia bawang merah!!! First time dengar orang fobia bawang, perempuan pulak tu. Setelah beberapa kali di’tapping’ dia sudah boleh melihat bawang merah dan akhirnya dia sudah boleh memegang bawang tersebut. Memang menakjubkan apabila lihat sendiri depan mata. Sebelum ni lihat di youtube je. (jika berminat nak tengok video di youtube taip je SEFT, macam-macam kes yang pelik anda boleh lihat)

Semasa sesi SEFT untuk berhenti merokok, seorang tukang urut (Pak Musleh) yang dah lebih 20 tahun merokok ingin mencuba. Setelah di’tapping’ beberapa kali dia mula merasakan rokok sudah menjadi tawar dan akhirnya dia mula tidak boleh(tak suka) bau asap rokok. Agaknya selama ni dia tak perasan yang begitulah perasaan orang yang tidak merokok setiap kali menghidu bau rokok. Setelah selesai terapi dia terus mencampakkan kotak rokok Gudang Garamnya yang masih berisi ke dalam tong sampah!!! Semasa berkongsi pengalaman setelah diterapi, sampai meleleh lah air mata si Tukang Urut ni meluahkan perasaannya.

Hari kedua kami didedahkan dengan teknik SEFT for Children/Baby, SEFT Jarak Jauh (Surrogate SEFT), SEFT for Success & Happiness. Setelah selesai training, saya mendapat panggilan dari isteri memberitahu anak saya Hafiy menangis tanpa henti & tidak mahu tidur. Mungkin rindu dengan papanya. Saya terus mencuba apa yang baru dipelajari iaitu ‘Surrogate SEFT’ pada anak saya. Lebih kurang 5 minit selepas itu saya mendapat SMS “lepas call papa hafiy dah x nangis lagi n da tidur”. Ini membuatkan kami bertambah yakin dengan teknik ini dan berazam untuk membawa Pak Faiz ke Malaysia.

Hari terakhir merupakan kemuncak kepada training ini, bagaimana mencapai Greatness di sisi Allah. Kami juga melakukan latihan ‘Deep SEFT’ yang ternyata amat powerful.
Seperti kata Pak Ari Ginanjar Agustian (Pendiri ESQ Leadership Certer) di dalam buku SEFT:
“Saya bersetuju dengan yang dikatakan oleh penulis (Ahmad Faiz Zainuddin)bahawa ESQ dan SEFT bisa saling melengkapi. ESQ berusaha memberikan pencerahan spiritual dan emosi, sedangkan SEFT memberikan Keterampilan Praktis yang bisa langsung kita gunakan untuk mengatasi berbagai masalah dengan pendekatan emosional-spiritual dan energy psychology”.

Setelah selesai training, kami mengadakan perbincangan dengan Pak Faiz & Pak Syarif (Direktor LoGOS Institute) mengenai kerjasama untuk mengembangkan SEFT ke Malaysia. Akhirnya kami semua bersepakat untuk mengadakan satu MOU di antara LoGOS Institute dan Pro Mind Solutions. Mudah-mudahan dengan kerjasama ini, akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sunday, March 28, 2010

Buku SEFT Edisi Bahasa Malaysia




Akan terbit di pasaran tidak lama lagi. Sila hubungi kami untuk tempahan.

Friday, March 26, 2010

Kisah Menarik Tentang Terapi SEFT

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah SWT. Setakat ini kami telah berjaya membantu mereka mengatasi pelbagai masalah menggunakan SEFT.

24 Mac 2010
Seorang ibu yang telah menderita sakit lutut dan tangan sejak 7 tahun lalu


Puan Fauziah Binti Anuar, kakitangan Amanah Saham Mara Investment Berhad menderita sakit lutut, belakang dan lengan sejak 7 tahun lalu. Sebelum ini telah pelbagai cara digunakan dan pelbagai tempat yang beliau telah pergi berubat, tetapi masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Ditakdirkan Allah, selepas selesai presentation kami dengan General Manager ASMI beliau secara sukarela mahu diterapi menggunakan kaedah SEFT.

Kami pun mencuba kaedah ini. Setelah habis satu putaran ‘tapping’ sakit di lengan beliau telah hilang serta merta. Alhamdulillah…

Kini kami lakukan `tapping’ kali kedua untuk masalah sakit belakang. Setelah habis satu putaran ‘tapping’ sakit belakangnya beransur hilang. Alhamdulillah…

Yang terakhir kami tapping untuk masalah yang paling kritikal pada beliau iaitu sakit lutut. Juga hanya dengan satu putaran ‘tapping’ sakit lutut sejak 7 tahun lalu hilang serta merta. Subhanallah… Memang menakjubkan. Sebelum ini beliau terpaksa berpaut untuk bangun, kini boleh bangun tanpa bantuan. Saya masih ingat reaksi dan dialog ibu itu “Dik, akak cuba bangun ye” , apabila beliau dapat bangun dengan cergas sekali, terlihat keceriaan & kesyukuran di wajah beliau. Saat itu juga saya menitiskan air mata…miracle…Syukur Alhamdulillah.

Ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan SEFT ini di Malaysia. Teringat kata-kata `Sifu’ kami Pak Faiz semasa training, biarlah kita ini menjadi `rahmatan lil aalamin’. Membawa rahmat untuk seluruh alam.

24 Mac 2010
Seorang eksekutif di DCL yang mahu berhenti merokok


En. Mohd Sani Husin, Eksekutif Akaun di syarikat MLM DCL merokok sejak 14 tahun lalu. Beliau mahu berhenti merokok dan telah mencuba pelbagai kaedah. Beliau mengetahui serba sedikit mengenai SEFT di internet dan telah melihat pelbagai video SEFT di Youtube. Setelah mendapat tahu dari seorang sahabat bahawa kami adalah SEFTeR, beliau langsung mahu di terapi.

Setelah selesai satu putaran `tapping’ beliau mula merasakan rokok yang tadi rasa nikmat kini sudah rasa tawar. Ketika sedang `tapping’ kali kedua beliau mula merasa mual dan terus muntah. Ini adalah reaksi biasa yang menunjukkan tindakbalas. Setelah selesai tapping putaran kedua, bukan saja rokok sudah menjadi tawar malah beliau terus terbatuk di saat `pam’ yang pertama. Teringat kata-kata En. Sani “Dah tak macam perokok pro, macam baru nak belajar merokok”. Alhamdulillah...Saya ada menghubungi officemate beliau yang juga sahabat saya En. Redzuan, sehingga hari ini beliau tidak sentuh rokok lagi.

21 Mac 2010
Seorang ibu mengandung yang loya & mabuk terhadap bau-bauan


Puan Rohana Kasrina Abdullah, isteri kepada sahabat saya yang hamil bayi pertama. Beliau loya dan mabuk sehingga muntah apabila menghidu bau-bauan terutamanya bau masakan. Beliau datang bersama suami ke rumah saya untuk diterapi menggunakan kaedah SEFT.

Alhamdulillah setelah 2 putaran tapping, beliau sudah boleh menghidu bau-bauan tanpa rasa mual & loya. Saya menghubungi sahabat saya untuk mengetahui perkembangan isteri beliau, dan kini mereka sudah boleh pergi ke restoran & kedai makan malahan isterinya sudah makan banyak sekarang!

Nampaknya terpaksa pula gunakan SEFT untuk kawal selera makan!

19 Mac 2010
Seorang Pegawai di MDKL yang mahu berhenti merokok


En. Mohd Yusdi Bin Mohamad, Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran di Majlis Daerah Kuala Langat mahu `cuba’ berhenti merokok setelah 12 tahun merokok. Beliau seorang `heavy smoker’. beliau merupakan salah seorang peserta kursus Pengurusan Berkesan Melalui Sikap Kerja Positif anjuran Pro Mind Solutions di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Beliau sukarela mahu diterapi setelah kami menceritakan serba-sedikit tentang SEFT.

Ini adalah pengalaman pertama kami melakukan terapi SEFT di Malaysia. Alhamdulillah setelah satu putaran sahaja beliau mula mual dan muntah begitu banyak sekali. Keyakinan kami semakin bertambah setelah kes pertama ini menampakkan hasil yang menakjubkan. Setelah `tapping’ kali kedua beliau muntah lagi. Dan kali ini banyak `lendir’ yang keluar. Mungkin inilah nikotin yang bersarang dalam tubuh beliau selama 12 tahun. Beliau sudah mula merasakan nikmatnya bernafas tanpa rasa `sempit’ di bahagian dada.

Sehingga saat artikel ini ditulis, En. Yusdi belum lagi menyentuh rokok walaupun sebelum ini menjadi kemestian pada waktu pagi di dalam bilik `termenung’. Diharapkan beliau cekal menghadapi ‘godaan’ dari rakan-rakan dan persekitaran.

Begitulah antara kisah-kisah mereka yang sembuh daripada pelbagai masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya banyak lagi masalah yang telah kami tangani menggunakan kaedah SEFT ini antaranya dendam yang sukar dihilangkan, bayi menangis tengah malam, cirit birit, sakit gigi, darah tinggi, dan ada juga masalah yang berkaitan dengan spiritual.

Apapun bukan kami mahupun teknik ini yang menyembuhkan, tetapi Yang Maha Penyembuh melakukan semua ini. Kita hanya pasrahkan padaNya.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba teknik ini terhadap apa jua masalah, sila hubungi kami untuk temujanji. Tiada sebarang caj dikenakan.

“Life is LoGOS Joyfully
(Loving God, Blessing Others & Self Improvement Joyfully)
and The Rest is Just Detail”

Sukri Saad & Dr Yusof Rabu
Pro Mind Solutions
www.promind.com.my


http://www.youtube.com/watch?v=JpIkbTGzEH0

Monday, March 22, 2010

Terapi SEFT

Salam..

Kepada sesiapa yang mempunyai pelbagai masalah fizikal mahupun emosional seperti darah tinggi, migrain, fobia, ingin berhenti merokok, ketagihan arak & dadah dan pelbagai masalah lain boleh menghubungi kami atau datang sendiri ke pejabat kami di:

No. 25, Jalan BM 4/3, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor
T : 03-8925 5985 F : 03-8920 1139 Email : seftmalaysia@yahoo.com
H/P : 019-9859133-Sukri 012-2569759-Dr Yusof Rabu

Tiada sebarang caj dikenakan, seikhlas anda.
(100% sumbangan disalurkan ke Tabung Amal untuk semua aktiviti sosial kami)

Kerjasama Terjalin - SEFT kini di Malaysia

Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT kerana menemukan kami dengan 'Founder' SEFT En. Ahmad Faiz Zainuddin di Training SEFT Angkatan 64 di Somerset Hotel, Surabaya. Kami juga telah menandatangani MOU dengan LoGOS Institute Surabaya untuk membawa SEFT ke Malaysia.

NANTIKAN ANGKATAN PERTAMA SEFT TOTAL SOLUTION TRAINING DI MALAYSIA PADA JUN 2010 INSYAALLAH