Friday, November 4, 2011

Perkembangan Terkini Adik Nornayli Dayini



Kami telah dimaklumkan perkembangan terkini adik Nornayli Dayini setelah menjalani pemeriksaan rapi..

Untuk pengetahuan semua masalah kuning & jangkitan kuman di paru-paru sudah tiada. Kini masalah yang dialaminya adalah masalah hypoplastic left heart syndrome. Injap jantung sebelah kiri tidak berfungsi.

Kepada semua yang tahu melakukan Surrogate SEFT, bantuan anda diperlukan..

Kepada semua peserta Kursus SEFT untuk AKRAB di Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan pada 1 & 2 Nov, kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana anda telah sama-sama bantu melakukan Surrogate SEFT kepada adik Nornayli. Dan tanpa diduga seorang peserta iaitu Mr Lee telah membuat kutipan derma sebagai tanda prihatin warga KPKK.

Sekali lagi.. Jazakumullah khairan katsira

Thursday, November 3, 2011

Sama-samalah Kita Bantu



Semalam kami mendapat berita dari seorang sahabat tentang penderitaan bayinya yang baru berusia 9 hari. Melihat kepada foto yang dikirim, jiwa ini amat tersentuh.. Bayangkan jika bayi itu adalah anak kita???...........

Maklumat bayi ini adalah seperti berikut:

Nama : Nornayli Dayini
Nama ibu : Norhayati
Tarikh lahir : 23 Oktober 2011
Masalah : Pada mulanya sakit kuning hingga tahap 16, kemudian ada jangkitan kuman di paru-paru dan disyaki ada masalah jantung

Mudah-mudahan kita semua dapat bantu dengan kaedah Surrogate SEFT.. Semoga usaha kita yang 'kecil' ini dapat membantu dan memberi 'impak yang besar' kepada bayi tersebut ..

Dan semoga usaha kecil kita ini benar-benar datang dari hati yang tulus ikhlas...

Wallahua'lam

Tuesday, November 1, 2011

Program Amal SEFT di Family Day KWSP

Baru-baru ini pada 22 Oktober kami telah dijemput untuk menyumbang khidmat untuk kakitangan KWSP sempena Hari Keluarga 2011 yang berlangsung di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

Bagi pihak SEFT Malaysia, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada piha sekretariat terutama SEFTer Hariah yang menjemput kami. Juga kepada SEFTer Noreha & anaknya SEFTer Azat yang mewakili kami kerana pada masa yang sama kami ada program SEFT bersama Kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Hanya selepas program bersama KPWKM kami berkesempatan untuk turut serta.



Gaya seorang SEFTeR



Therapy Session



Trerapy Session