Friday, August 17, 2012

Salam Aidil Fitri


Di kesempatan ini kami krew SEFT Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Maaf Zahir & Batin

Friday, July 6, 2012

Special Ramadhan : Free Mini Workshop & Preview



Sempena Ramadhan ini kami menganjurkan Mini Workshop & Preview secara PERCUMA. Anda berpeluang untuk mendapatkan Vaucher Diskaun ke SEFT for Total Solution yang akan diadakan pada 28 - 30 Sept 2012.

Tempat adalah sangat terhad. Sila daftar segera..

Friday, May 11, 2012

Phobia Kerana Trauma

Saya ingin berkongsi pengalaman membantu seorang yang mengalami phobia dengan tempat gelap, confine space, naik kereta dan kalau naik lift sorang pun tak boleh.. Sudah lebih 5 tahun beliau menderita phobia ini.

Apabila bertanya kepada beliau, ternyata phobia yang dialami mula disedari selepas kejadian accident dan semenjak dari itu beliau terbawa-bawa perasaan takut itu di dalam kehidupan beliau. Ternyata phobia yang dialami memiliki akar di masa lalu. Untuk menyembuhkannya mesti dari akarnya.

Jadi di sini saya gunakan "Tell the story technique" dikombinasikan dengan  "The movie technique". Semasa tapping beliau menangis, menjerit hingga menggigil sehinggalah habis satu putaran.

Kemudian saya meminta beliau mengingati kejadian accident, Alhamdulillah apabila beliau mengingatinya semula tiada lagi perasaan takut tersebut.

Untuk membuktikannya secara nyata, saya membawa beliau ke lift hotel dan meminta beliau memasuki lift tersebut seorang diri. Untuk menambahkan keyakinan pada beliau, saya tapping under the eye point di hadapan lift tersebut.

Alhamdulillah dengan selambanya beliau memasuki lift seorang diri dengan bergaya..dan menekan butang lift. Hinggalah pintu lift tertutup.. Berdebar juga saya menunggu di bawah. Mana tau takut dia melalak dalam lift tu. :-)..
Seberapa ketika menunggu pintu lift terbuka... dan terpancar kegembiraan pada kakak tersebut... Lalu terpancul dari mulut kakak tersebut.. "Alhamdulillah dik.. Akak dah tak sabar nak ke Mekah.. Kerana phobia ni yang menyebabkan akak tak boleh ke Mekah"

Ketika itu berlinangan air mata saya.. Very touching.. Kerana phobia ini menghalang beliau untuk ke Mekah dan saya berpeluang membantu beliau..Alhamdulillah..Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini..
Itulah sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama.. Moga bermanfaat..

Wassalam
Sukri Saad

Friday, April 27, 2012

SEFT for Total Solution Training June 2012



Insya Allah kami akan menganjurkan kursus SEFT for Total Solution yang kedua tahun ini.

Kursus ini khusus untuk anda yang ingin menguasai SEFT beserta pelbagai penerapannya secara lengkap dan tuntas. Kursus ini di namakan “Total Solution” kerana ia digunakan untuk:

HEALING -anda yang ingin meraih kesembuhan dan membantu penyembuhan orang lain

SUCCESS - meningkatkan keberuntungan dengan cara yang terbukti secara ilmiah (luck factor), meraih apa saja yang anda inginkan

HAPPINESS – meningkatkan kedamaian hati dan kebahagiaan anda

GREATNESS – bersama-sama kita berusaha menjadi peribadi agung dengan memberi sumbangan besar kepada masyarakat.

Kursus ini sangat unik kerana:

• Mengajarkan teknik yang terus boleh dipraktikkan dan hasilnya boleh dilihat serta-merta, tidak hanya sekadar ceramah atau motivasi. Peserta yang menghadiri training terus boleh mempraktikkan ilmunya baik untuk masalah sendiri mahupun untuk membantu orang lain.

• Memberikan kerangka yang jelas dan aplikatif untuk meraih kesembuhan (Healing), Kejayaan & Keberhasilan (Success), Kebahagiaan dan kedamaian hati (Happiness) dan meraih kemuliaan hidup dengan menjadi peribadi yang agung (Greatness).

• Setelah kursus, peserta berkesempatan untuk menjadi “Professional SEFTer, Professional SEFT Coach & SEFT Trainer”.

• Dengan kelayakan ini, anda memiliki profession yang memberikan pulangan baik dari segi Psychological Reward (kepuasan rohani dalam membantu orang) mahupun Financial Reward (sumbangan dari orang yang anda bantu).

Bagi individu, SEFT adalah teknologi yang membantu kita membebaskan diri dari masalah-masalah yang menghalang pengembangan diri. Dengan kata lain, menyelesaikan “unfinished business” yang tertunda, konflik batin yang belum selesai. Antara masalah yang sering menghantui kita adalah fobia, trauma, takut, cemas, tidak percaya diri, nervous, kecewa, rasa bersalah, tidak bermotivasi dan sebagainya. Setelai bebas daripada “penjajahan emosi”, barulah kita dapat melangkah lebih jauh untuk mengembangkan potensi diri dengan optimum. Mengolah diri menjadi manusia sempurna.

Kursus SEFT ini juga amat sesuai untuk Jabatan Kerajaan mahupun swasta. Ini kerana Kursus “SEFT For Total Solution” menggunakan paradigma “Holistic Person Empowerment System” dan teknik spesifik SEFT untuk menyelesaikan pelbagai masalah pekerja, baik masalah kesihatan mahupun emosi (Healing), sehingga boleh menurunkan pembiayaan kesihatan pekerja, meningkatkan prestasi pekerja (Success), mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan pekerja seterusnya meningkatkan kepuasan pekerja (Happiness) serta meningkatkan dedikasi supaya selalu memberikan yang terbaik (Greatness).

Bagi organisasi, SEFT turut berperanan:

• Dalam mengendalikan emosi yang seringkali muncul apabila timbulnya konflik seperti marah, kecewa, takut, dendam, pesimis, cemas dan sebagainya.

• Dalam kerjasama kumpulan, SEFT boleh digunakan untuk mengikis sikap defensif, mementingkan diri sendiri, tidak berempati, “scarcity mentality” yang sukar menerima fikiran dan perasaan orang lain, dan sebagainya.

• Dalam kepimpinan, SEFT dapat dimanfaatkan sebagai alat yang efektif untuk memimpin diri sendiri dan memimpin orang lain. Memimpin diri sendiri menuntut kemampuan mengenali dan mengendalikan emosi diri sendiri (SEFT jelas berurusan dengan hal ini). Memimpin orang lain memerlukan keterampilan mengenali dan mengendalikan perasaan orang yang dipimpin.

Untuk perniagaan pula, SEFT dapat digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah yang sering menggagalkan usahawan. Antaranya takut gagal atau takut berjaya, kesulitan dalam menyusun strategi, takut proposal ditolak atau takut untuk membuat presentation, cemas menjelang negotiation atau bertemu prospek/klien, meningkatkan sales, marketing & peak performance dan masalah-masalah emosi lain yang mengganggu perjalanan perniagaan.

Maklumat Kursus SEFT For Total Solution, Malaysia
Tarikh : 8 - 10 Jun 2012
Tempat : Hotel Putra, Kuala Lumpur
Masa : 09:00 pg – 05:30 ptg
Pendaftaran : 08:30 pg – 09:00 pg
Fee : RM1,980.00-HRDF CLAIMABLE
(Termasuk 6 Tea Break & 3 Lunch)
Bayaran : 50% semasa tempahan & 50% sebelum/semasa pendaftaran

PROMOSI
• Early Bird (sebelum 15 Mei) diskaun 20% (RM1,584.00)
• Diskaun 30% untuk berkumpulan 5 Orang (RM1,386.00)
• Diskaun 40% untuk SEFT Beginner (Alumni SEFT Basic) : RM1,188.00

(Bayaran boleh dibuat melalui tunai/debit ke akaun atau cek atas nama PRO MIND SOLUTIONS, No. Akaun Maybank 562263012182)

Semasa Training anda akan mendapat:

Buku SEFT, Handout, Work book (SEFTer diary), Workbook (Personal Peace Procedure), ID peserta, Training Kit Folder, Sijil Eksklusif, ID Alumni Peserta

After Sales Service

1. 100% Money Back Guarantee*

Kursus ini dijamin dengan Customer Satisfaction berupa Jaminan 100% wang dikembalikan jika setelah mengikut semua sesi latihan, peserta tidak boleh mempraktikkan SEFT dengan betul.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

2. Free Refinement Session

Berpeluang mendapatkan program pendampingan implementasi teknik yang diberikan dalam kehidupan sehari-hari oleh SEFTer Profesional dari LoGOS Institute dan para SEFTer lain.

3. Free of Charge for Next Public Training

Percuma untuk mengikuti SEFT Total Solution Training yang diadakan oleh LoGOS Institute di seluruh Malaysia.

UNTUK MENDAFTAR KLIK DAFTAR

Monday, January 9, 2012

Kursus SEFT Basic (Special Class)

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Atas permintaan, Kami akan mengadakan Kursus SEFT Basic di Kelantan. Maklumat mengenai kursus tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 am - 5.00 pm
Pendaftaran : 8.30 am
Tempat : Dewan Seminar MY DIEBA, Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan

Kepada warga Kelantan yang berminat boleh menghubungi Raja Izani (019-6145154)

Friday, January 6, 2012

Jadual Kursus SEFT 2012

SEFT® BASIC TRAINING

Date
Venue
29 Jan
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
26 Feb
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
25 Mar
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
29 Apr
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
27 May
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
24 June
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
29 Jul
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
23 Sept
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
21 Oct
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra
25 Nov
Pro Mind Academy, Bandar Seri Putra


SEFT® FOR TOTAL SOLUTION TRAINING

Date
Venue
2-4 Mar
Hotel Putra, Kuala Lumpur
8-10 June
Hotel Putra, Kuala Lumpur
28-30 Sept
Hotel Putra, Kuala Lumpur
7-9 Dec
Hotel Putra, Kuala Lumpur









* Tertakluk kepada perubahan