Wednesday, March 30, 2011

"Unfinished Business"



“Unfinished Business”….. Satu topik yang menarik untuk dibahaskan.

Telah setahun saya mengenal SEFT dan hampir setahun juga saya berkongsi ilmu SEFT di Malaysia & Singapura. Baik secara formal di sesi kursus & workshop mahupun secara tidak formal dengan client yang datang melakukan terapi SEFT dan juga rakan-rakan. Dalam tempoh setahun ini pelbagai pengalaman yang bagi saya ianya adalah anugerah Allah yang sangat berharga buat diri saya.

Melihat kegembiraan orang yang sembuh dari penyakit mahupun penderitaan emosi yang dialami sekian lama membuatkan saya sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang Allah beri ini. Kalau ditanya kepada orang sedang menderita sakit apakah yang paling berharga ataupun apa yang dia mahu dalam hidup ini, sudah tentunya dia mahu sihat. Kita hanya sedar nikmatnya sihat ni apabila kita sakit. Inilah yang sering berlaku kepada kita.

Antara kes yang paling menyentuh perasaan saya adalah En. Khairuddin yang menghidap kanser hati stage 4 yang kini telah sembuh sepenuhnya. Ada juga satu kes yang client telah cuba untuk bunuh diri!!

Kebelakangan ini banyak sekali kes yang melibatkan masalah emosi yang datang berjumpa. Kebanyakan masalah emosi ini adalah disebabkan “Unfinished Business” yang tanpa mereka sedari mengganggu hidup mereka selama ini. Di kalangan alumni juga banyak yang mengalami hal seperti ini. Banyak yang menghubungi kenapa setelah buat terapi SEFT masalah yang mereka alami tidak juga selesai. Saya sering menyarankan mereka agar selesaikan dulu unfinished business ini.

Apabila kita dapat selesaikan unfinished business ini, maka InsyaAllah masalah lain yang kita alami juga ikut selesai. SEFT merupakan satu teknologi yang membantu kita membebaskan diri daripada masalah-masalah peribadi tersebut. Dengan kata lain, menyelesaikan unfinished business yang tertunda, konflik batin yang belum diselesaikan. Setelah bebas dari belenggu “penjajahan emosi”, barulah kita dapat melangkah lebih jauh untuk mengembangkan potensi diri dengan optimum. Mengolah diri menjadi manusia sempurna. Insya Allah..

Persoalannya sekarang, adakah kita benar-benar mahu menyelesaikan unfinished business ini. Saya sering mendengar ungkapan “Saya dah maafkan dia, saya dah tak dendam dengan dia lagi”. Tetapi apabila berlaku sesuatu hal yang tidak baik kepada si fulan tersebut, kita akan cakap “Tu la, padan muka dia. Tengokla tuhan dah balas apa yang dia buat kat aku”. So… ??????

Fikir dan renungkan. Adakah kita benar-benar memaafkan??? Ini adalah satu contoh kecil sahaja. Banyak lagi contoh-contoh yang sering kita alami sama ada secara sedar atau tidak. Kita rasa kita dah memaafkan, tetapi hakikatnya tidak!

Setakat ini telah banyak yang kami bantu dengan SEFT. Kami akan share pengalaman pengalaman kami dan akan bahas lebih mendalam tentang unfinished business ini di dalam sesi kursus. Very Interesting!!!

Wallahualam
Sukri Saad

Tuesday, March 29, 2011

Perubahan Lokasi Kursus SEFT Basic 3 April 2011

Dimaklumkan bahawa venue kursus pada 3 April ini telah ditukar ke:



Cititel Express Hotel
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur

Harap maklum

Friday, March 25, 2011

Perubahan Jadual SEFT® Mini Workshop

Alhamdulillah sejak kami mula mempromosikan program Mini Workshop SEFT, banyak maklumbalas yang kami terima. Yang paling banyak adalah komen-komen dari orang Negeri Sembilan kerana tiada program di Seremban.

Sehubungan itu kami telah menyusun semula jadual Program Mini Workshop ini setelah mempertimbangkan semua permintaan dan cadangan.

Kami juga akan mengadakan Preview SEFT & Pelancaran Program MySEFT.com secara PERCUMA pada 2 April 2011 bertempat di Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur.

Harap Maklum
SEFT Malaysia

Monday, March 21, 2011

Pengalaman Menyambut Kelahiran dengan SEFT



Salam sejahtera semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menyambut kelahiran bayi kedua dengan dibantu kaedah SEFT.

Tanggal 15 Januari 2011, jam 11.57 am bayi kedua (perempuan) saya selamat dilahirkan di Hospital Pakar An Nur. Terima kasih diucapkan kepada doktor, bidan dan jururawat yang membantu.

Sebelum ini saya pernah share di dalam sesi workshop bahawa ada acupuncture point tertentu di bahagian lengan yang dapat membantu mempercepatkan kelahiran atau dengan kata lain membantu ‘membuka jalan’. Hanya dengan mengetuk (tapping) di point tersebut, tidak perlu jarum. Jadi kalau kandungan baru berusia 8 bulan, jangan gatal-gatal nak tapping pula, nanti masalah lain pula yang timbul.

Berbalik kepada pengalaman saya, kira-kira jam 8 pagi bidan melakukan pemeriksaan dan mengatakan baru buka 3cm. Ketika ini saya lihat isteri saya masih steady lagi, boleh bergurau lagi. Kemudian saya melakukan SEFT untuk emosi beliau. Rasa takut, rasa risau, dan macam-macam emosi yang hanya kaum ibu yang sedang berhadapan dengan situasi ini saja yang mengerti. Jadi kepada kaum bapa, inilah saat-saat yang jasa anda amat-amat diperlukan. Sokongan moral ketika ini amat berharga dan tidak mungkin dilupakan oleh isteri anda.

Kira-kira jam 10 pagi, isteri saya mula rasa sakit. Setelah lakukan SEFT untuk rasa sakit beliau, saya mula tapping di bahagian lengan secara berterusan. Saya lihat bidan kat situ tengok je saya tapping. Mungkin dalam hati dia cakap “apa la mamat ni buat”.

Sehingga jam 11.45 pagi, isteri saya mengadu hendak buang air besar dan ketika itu hanya bidan saja yang ada. Rasanya mungkin bidan tu tak jangka baby dah nak keluar. Kemudian saya meminta bidan tu panggil doktor dan apabila doktor sampai saya sendiri lihat kepala baby dah nampak. Maka dengan tergesa-gesanya doktor & team bergegas prepare untuk menyambut kelahiran. Kelam kabut juga saya lihat, berbeza dengan kelahiran pertama dahulu. Di tempat & katil yang sama anak sulong saya dilahirkan cuma bezanya kali ini Dr. Khamsiah bercuti dan diganti dengan doktor lain.

Setelah semua ready, isteri saya selamat melahirkan baby dengan sekali teran sahaja. Alhamdulillah semuanya selamat dan saya bersyukur sekali dengan anugerah Allah ini. Yang paling berharga saya dapat menyaksikannya dari awal untuk kali kedua. Cuma kali ini lebih istimewa kerana saya dapat membantu dengan kaedah SEFT.

Bila saya Tanya pada isteri macam mana third baby? Dia hanya senyum je!!!

Wassalam
Sukri Saad

Thursday, March 17, 2011

Wakil SEFT Malaysia

Kami membuka peluang kepada SEFTeR dan SEFT Beginner (Alumni Workshop SEFT) untuk menjadi Wakil bagi program kami. Kami menawarkan peluang ini kepada anda terlebih dahulu sebagai tanda penghargaan kerana anda telah menyokong kami selama ini.

Banyak peluang & faedah yang diperolehi sekiranya anda menjadi wakil kami.

Sila hubungi kami (Dr Yusof Rabu atau Sukri Saad) untuk maklumat lanjut.