Monday, March 21, 2011

Pengalaman Menyambut Kelahiran dengan SEFT



Salam sejahtera semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menyambut kelahiran bayi kedua dengan dibantu kaedah SEFT.

Tanggal 15 Januari 2011, jam 11.57 am bayi kedua (perempuan) saya selamat dilahirkan di Hospital Pakar An Nur. Terima kasih diucapkan kepada doktor, bidan dan jururawat yang membantu.

Sebelum ini saya pernah share di dalam sesi workshop bahawa ada acupuncture point tertentu di bahagian lengan yang dapat membantu mempercepatkan kelahiran atau dengan kata lain membantu ‘membuka jalan’. Hanya dengan mengetuk (tapping) di point tersebut, tidak perlu jarum. Jadi kalau kandungan baru berusia 8 bulan, jangan gatal-gatal nak tapping pula, nanti masalah lain pula yang timbul.

Berbalik kepada pengalaman saya, kira-kira jam 8 pagi bidan melakukan pemeriksaan dan mengatakan baru buka 3cm. Ketika ini saya lihat isteri saya masih steady lagi, boleh bergurau lagi. Kemudian saya melakukan SEFT untuk emosi beliau. Rasa takut, rasa risau, dan macam-macam emosi yang hanya kaum ibu yang sedang berhadapan dengan situasi ini saja yang mengerti. Jadi kepada kaum bapa, inilah saat-saat yang jasa anda amat-amat diperlukan. Sokongan moral ketika ini amat berharga dan tidak mungkin dilupakan oleh isteri anda.

Kira-kira jam 10 pagi, isteri saya mula rasa sakit. Setelah lakukan SEFT untuk rasa sakit beliau, saya mula tapping di bahagian lengan secara berterusan. Saya lihat bidan kat situ tengok je saya tapping. Mungkin dalam hati dia cakap “apa la mamat ni buat”.

Sehingga jam 11.45 pagi, isteri saya mengadu hendak buang air besar dan ketika itu hanya bidan saja yang ada. Rasanya mungkin bidan tu tak jangka baby dah nak keluar. Kemudian saya meminta bidan tu panggil doktor dan apabila doktor sampai saya sendiri lihat kepala baby dah nampak. Maka dengan tergesa-gesanya doktor & team bergegas prepare untuk menyambut kelahiran. Kelam kabut juga saya lihat, berbeza dengan kelahiran pertama dahulu. Di tempat & katil yang sama anak sulong saya dilahirkan cuma bezanya kali ini Dr. Khamsiah bercuti dan diganti dengan doktor lain.

Setelah semua ready, isteri saya selamat melahirkan baby dengan sekali teran sahaja. Alhamdulillah semuanya selamat dan saya bersyukur sekali dengan anugerah Allah ini. Yang paling berharga saya dapat menyaksikannya dari awal untuk kali kedua. Cuma kali ini lebih istimewa kerana saya dapat membantu dengan kaedah SEFT.

Bila saya Tanya pada isteri macam mana third baby? Dia hanya senyum je!!!

Wassalam
Sukri Saad

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah sukai, baby girl lagi ke? Wife ko ok ke? ada tube kat tangan tu...

Post a Comment