Thursday, May 27, 2010

Mini Workshop SEFT pada 31 Mei 2010 (Isnin)

Memandangkan workshop SEFT mendapat sambutan dan pertanyaan dari pelbagai pihak, pihak PRO MIND akan mengadakan mini workshop di pejabat kami sendiri pada 31 Mei 2010 (Isnin). Jadi sesiapa yang terlepas workshop di KL dan tidak dapat menghadirkan diri di Workshop UKM Bangi pada 5 June ini bolehlah mengambil kesempatan hadir di Mini Workshop ini.

Butir-butir Mini Workshop SEFT seperti berikut:-

Tempat : ProMind Solutions, No 25 Jln BM 4/3,
Bandar Bukit Mahkota, Bangi,
43000 Kajang Selangor

Masa :9.00 pagi-1.00 tengahari

Terhad kepada 15 peserta sahaja.

Sila hubungi contact person kami di sebelah kanan blog untuk mendaftar.

Wednesday, May 26, 2010

Foto Workshop di Utara

Sebahagian peserta yang sempat bergambar.


Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Penang


Hotel Grand Crystal, Alos Star, Kedah


Hotel Heritage, Ipoh, Perak

Workshop SEFT di Utara

Terlebih dahulu mohon maaf kepada pengikut setia blog seftmalaysia kerana lama tidak update. Ramai juga yang menghubungi saya, bila nak upload cerita baru. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Workshop SEFT Alor Star

Alhamdulillah sambutan terhadap workshop SEFT makin baik. Di Alor Star ramai juga yang hadir terdiri daripada golongan professional. Kami juga bertemu dengan pengerusi Majlis Kaunseling Negeri Kedah yang begitu bersemangat untuk mengembangkan SEFT di negeri Kedah.

Sesi workshop kali ini turut dihadiri oleh dua peserta dari Negara jiran Singapura, Puan Zaiton & Puan Aminah. Saya kagum dengan semangat mereka yang sanggup ke Alor Star kerana mereka terlepas peluang untuk ke workshop di JB. Setelah mempelajari SEFT, mereka juga bersemangat untuk membawa SEFT ke Singapura. Sama-samalah kita berdoa agar ditunjukkan jalan dan dipermudahkan untuk kami sama-sama mengembangkan SEFT ini.

Semasa sesi demo kepada peserta, kami lakukan kepada seorang peserta yang agak takut untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Alhamdulillah, setelah melakukan tapping, ada perubahan pada adik Atikah. Bila ditanya kepadanya, dia menjawab “saya rasa berani sekarang”.

Seorang lagi peserta yang sakit migraine setelah sekian lama, begitu juga setelah di tapping ada perubahan padanya. Skalanya makin berkurangan.

Antara komen-komen peserta workshop di Alor Star:

1. Norwati Binti Mohd Isa, “Ketenangan dan proses penyembuhan jiwa. Terapi roh yang berkesan. Workshop yang patut dihadiri oleh semua”

2. Khairul Anuar, “Very Good, Simple and Humble but Effective”

3. Hj. Shuib Mustaffa, “Hebat, Sesuatu yang baru & sangat berpuas hati. Terima kasih yang tak terhingga”

Workshop SEFT Perlis

Sesi workshop SEFT di perlis kurang mendapat sambutan kerana masa yang tidak sesuai. Kebetulan cuti panjang Keputeraan Raja Perlis. Ramai peserta yang membatalkan penyertaan di saat-saat akhir. Walaubagaimanapun kami tetap terus menjalankan sesi workshop seperti biasa.

Antara komen-komen peserta workshop di Perlis:

Noor Eliana Bt. Tajudin, “Ilmu baru yang saya belajar, keyakinan diri bertambah”

Workshop SEFT di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang, kebanyakan peserta juga di kalangan guru. Saya juga kagum dengan seorang peserta yang berumur 69 tahun, Hj Kassim yang begitu bersemangat sekali di dalam workshop. Beliau adalah orang yang paling banyak bertanyakan soalan.

Semasa sesi praktikal, beliau turut berkongsi pengalaman dengan peserta lain tentang keberkesanan SEFT yang beliau rasakan terhadap masalah yang beliau hadapi.

Antara komen-komen peserta workshop di Penang:

1. Ang Poh Hong, “Saya rasa seronok dan bersyukur dapat ilmu baru yang boleh bantu diri dan kawan-kawan serta anak murid”

2. Suhaini Bt. Che Ismail, “Workshop yang amat menarik, lain dari yang lain, isi yang sangat bermanfaat, penyampaian yang menarik dan bersahaja. Saya berasa amat bersemangat untuk membantu anak-anak murid saya”

3. Noraini Bt. Hasan, “Satu program yang menakjubkan dan mendekatkan diri kita pada Allah SWT. Saya rasa Workshop SEFT ini amat berguna dan terasa kelainan yang positif. Masa mula datang, terasa macam sesuatu yang pelik, namun apabila belajar ia merupakan satu teknik yang mudah dipelajari dan diaplikasikan”

4. Rohani Bt. Ismail, “Rasa bersyukur sangat-sangat Allah gerakkan hati saya untuk menyertai program ini dan rasa sangat bertuah menimba ilmu SEFT untuk kepentingan diri, keluarga, organisasi & masyarakat. SEFT merupakan satu ilmu yang praktikal, fleksible dan mudah untuk diamalkan dan diajar kepada orang lain"

Workshop SEFT di Ipoh

Di Ipoh, ramai juga golongan professional yang menghadiri sesi workshop. Antaranya seorang Profesor, Pengetua, Pensyarah , Engineer dan para guru. Alhamdulillah semakin ramai yang mula menyedari kehadiran SEFT di Malaysia.

Semasa sesi demo kepada peserta, seorang peserta, Rashdan (jangan marah ye Dan) mahu berhenti merokok. Saya amat terkejut bila ditanya beliau merokok 60 batang sehari. Wow!!! First time dengar orang merokok sebanyak itu. Bayangkan 3 kotak Dunhill x RM9.30 x 30 hari = RM837 sebulan. Setahun = RM10,044.00. Dah boleh buat downpayment Honda Civic tu.

Alhamdulillah selesai satu putaran beliau mula merasa kelainan pada rokok. Dan selepas putaran kedua beliau mula merasakan rokok tadi tak sedap, pahit dan mula terbatuk ketika menghisap rokok. Selepas itu beliau terus ‘meronyok’ lalu membuang rokok Dunhill yang masih banyak itu ke dalam tong sampah. Aksi spontan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada peserta. Ramai yang kaget & bagai tidak percaya dengan tidak sampai 15 minit dapat menewaskan seorang yang merokok 60 batang sehari! Subhanallah…. Without God, Nothing Possible…WITH GOD, NOTHING IMPOSSIBLE.

Antara komen-komen peserta workshop di Ipoh:

1. Noor Atikah Abdullah, “Satu kepuasan dalam menimba ilmu. Saya jumpa jalan kepada pelbagai tanda tanya, pencarian ilmu, kaedah dan sebagainya. Penyampaian yang bagus & humble”

2. Kumaraysan A/L Sellapan, “Lega dan dapat energy/kekuatan perasaan selepas hadir workshop ini”

3. Azhar Osman, “Suatu pengalaman baru. Mendapat ilmu baru terutama dari sudut psikologikal”

Begitulah beberapa perkongsian dan komen-komen dalam Workshop SEFT yang kami anjurkan sehingga kini. Alhamdulillah bersyukur sekali melihat perkembangan yang baik ini. Mudah-mudahan perkembangan yang baik ini dapat memberi manfaat yang sebesar-besarnya kepada seberapa banyak mungkin umat manusia bahkan pada semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Tuesday, May 18, 2010

Perubahan Tempat Workshop di Ipoh

Adalah dimaklumkan bahawa Workshop SEFT di Ipoh telah bertukar tempat ke:

HERITAGE HOTEL (IPOH)
Jalan Raja Di Hilir
Ipoh.

Tel : 05-2428888

Monday, May 17, 2010

SEFT Total Solution Training Angkatan Pertama Malaysia

Tarikh : 25-27 Jun 2010 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Quality Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Masa : 09:00 pg – 05:30 ptg
Pendaftaran : 08:15 pg – 09:00 pg
Fee : RM1,980.00-HRDF CLAIMABLE
(Termasuk 6 Tea Break & 3 Lunch)
Bayaran : 50% semasa tempahan & 50% sebelum/semasa pendaftaran
Diskaun : Peserta Workshop SEFT (SEFT Beginner) layak menikmati diskaun 15%-20%

(Bayaran boleh dibuat melalui tunai/debit ke akaun atau cek atas nama PRO MIND SOLUTIONS, No. Akaun Maybank 562263012182)

Kursus ini adalah untuk anda yang ingin menguasai SEFT beserta pelbagai penerapannya secara lengkap dan tuntas. Kursus ini di namakan “Total Solution” kerana ia digunakan untuk:

HEALING -anda yang ingin meraih kesembuhan dan membantu penyembuhan orang lain

SUCCESS - meningkatkan keberuntungan dengan cara yang terbukti secara ilmiah (luck factor), meraih apa saja yang anda inginkan

HAPPINESS – meningkatkan kedamaian hati dan kebahagiaan anda

GREATNESS – bersama-sama kita berusaha menjadi peribadi agung dengan memberi sumbangan besar kepada masyarakat.

Kursus ini sangat unik kerana:

• Mengajarkan teknik yang terus boleh dipraktikkan dan hasilnya boleh dilihat serta-merta, tidak hanya sekadar ceramah atau motivasi. Peserta yang menghadiri training terus boleh mempraktikkan ilmunya baik untuk masalah sendiri mahupun untuk membantu orang lain.

• Memberikan kerangka yang jelas dan aplikatif untuk meraih kesembuhan (Healing), Kejayaan & Keberhasilan (Success), Kebahagiaan dan kedamaian hati (Happiness) dan meraih kemuliaan hidup dengan menjadi peribadi yang agung (Greatness).

• Setelah kursus, peserta berkesempatan untuk menjadi “Professional SEFTer, Professional SEFT Coach & SEFT Trainer”.

• Dengan kelayakan ini, anda memiliki profession yang yang memberikan pulangan baik dari segi Psychological Reward (kepuasan rohani dalam membantu orang) mahupun Financial Reward (sumbangan dari orang yang anda bantu).

Bagi individu, SEFT adalah teknologi yang membantu kita membebaskan diri dari masalah-masalah yang menghalang pengembangan diri. Dengan kata lain, menyelesaikan “unfinished business” yang tertunda, konflik batin yang belum selesai. Antara masalah yang sering menghantui kita adalah fobia, trauma, takut, cemas, tidak percaya diri, nervous, kecewa, rasa bersalah, tidak bermotivasi dan sebagainya. Setelai bebas daripada “penjajahan emosi”, barulah kita dapat melangkah lebih jauh untuk mengembangkan potensi diri dengan optimum. Mengolah diri menjadi manusia sempurna.

Kursus SEFT ini juga amat sesuai untuk Jabatan Kerajaan mahupun swasta. Ini kerana Kursus “SEFT For Total Solution” menggunakan paradigma “Holistic Person Empowerment System” dan teknik spesifik SEFT untuk menyelesaikan pelbagai masalah pekerja, baik masalah kesihatan mahupun emosi (Healing), sehingga boleh menurunkan pembiayaan kesihatan pekerja, meningkatkan prestasi pekerja (Success), mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan pekerja seterusnya meningkatkan kepuasan pekerja (Happiness) serta meningkatkan dedikasi supaya selalu memberikan yang terbaik (Greatness).

Bagi organisasi, SEFT turut berperanan:

• Dalam mengendalikan emosi yang seringkali muncul apabila timbulnya konflik seperti marah, kecewa, takut, dendam, pesimis, cemas dan sebagainya.
• Dalam kerjasama kumpulan, SEFT boleh digunakan untuk mengikis sikap defensif, mementingkan diri sendiri, tidak berempati, “scarcity mentality” yang sukar menerima fikiran dan perasaan orang lain, dan sebagainya.

• Dalam kepimpinan, SEFT dapat dimanfaatkan sebagai alat yang efektif untuk memimpin diri sendiri dan memimpin orang lain. Memimpin diri sendiri menuntut kemampuan mengenali dan mengendalikan emosi diri sendiri (SEFT jelas berurusan dengan hal ini). Memimpin orang lain memerlukan keterampilan mengenali dan mengendalikan perasaan orang yang dipimpin.

Untuk perniagaan pula, SEFT dapat digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah yang sering menggagalkan usahawan. Antaranya takut gagal atau takut berjaya, kesulitan dalam menyusun strategi, takut proposal ditolak atau takut untuk membuat presentation, cemas menjelang negotiation atau bertemu prospek/klien, meningkatkan sales, marketing & peak performance dan masalah-masalah emosi lain yang mengganggu perjalanan perniagaan.

Maklumat mengenai Kursus SEFT For Total Solution Angkatan 1 di Malaysia adalah seperti berikut:

HARI PERTAMA

1. Pengenalan Kepada SEFT
• Sejarah Singkat SEFT
• Sains Di Sebalik SEFT

2. Cara Melakukan SEFT
• Bagaimana Melakukan SEFT
• Versi Lengkap & Ringkas SEFT
• 5 Kunci Kejayaan SEFT
• Variasi Kalimat Set-Up

3. Penerapan SEFT
• Individu (Pengembangan Diri)
• Keluarga (Hubungan Suami-Isteri & Mendidik anak)
• Organisasi (Konflik pengurusan, Team Work & Leadership)
• Perniagaan (Entreprenueship, Sales & Peak Performance)
• Olahraga & Kesenian (Mental Juara)
Training, Coaching, Counselling & Therapy
• Sekolah & IPT (Untuk Guru, Pelajar & Mahasiswa)

HARI KEDUA

4. Refinement
• Beberapa Tips Penting
• 11 Penyebab Kegagalan SEFT
• 3 Manfaat Penyakit & Rasa Sakit
• 5 langkah untuk menguasai SEFT
• 3 Kesan Positif SEFT

5. SEFT For Healing
• Physical
Emotional (Trio for Trauma Technique)
• SEFT For Children & Fanfastic Family Employee
• SEFT For Employee
• Surrogate SEFT
• Subtle SEFT
• Sinergic SEFT
• SEFT For Weight Loss
• SEFT For Quit Smoking & Addiction


HARI KETIGA

6. SEFT For Success & Happiness
• Apakah “Total Success & Total Happiness?”
Framework: The Holistic Person Empowerment System
• Apakah “True Happiness”
• Proses “3 Langkah SEFT For Success & Happiness
Personal Peace Procedure
• 5 Principle to be Lucky You
• Deep SEFT to always getting what you want


7. SEFT For Greatness
• Meraih Keperibadian Mulia dengan semangat LoGOS “Loving GOD, Blessing Others, & Self Improvement Joyfully”

Semasa Training anda akan mendapat:
Buku SEFT, VCD SEFT, SEFT booklet, Handout, Work book (SEFTer diary), Workbook (Personal Peace Procedure), ID peserta, Training Kit Folder, Sijil Eksklusif, SEFT news, ID Alumni Peserta

Friday, May 14, 2010

Location Map of Hotel Grand Crystal. Alor Setar



Grand Crystal Hotel Alor Setar
40 Jalan Kampung Perak,
05100 Alor Setar‎
Tel : 04-7313333‎

Thursday, May 13, 2010

Program SEFT di Sekolah

Alhamdulillah, lanjutan daripada Workshop SEFT banyak sekolah yang menghubungi kami untuk bekerjasama. Terbaru, kami telah dijemput oleh kaunselor sebuah sekolah menengah di Selangor pada 12 Mei 2010. Program yang dirancang oleh sekolah adalah “Kembali kepada Landasan” untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.

Ini adalah pertama kali kami menerapkan SEFT kepada pelajar-pelajar sekolah. Alhamdulillah maklumbalas daripada pelajar semasa di dalam sesi tersebut amat memberansangkan sekali. Mereka bagaikan tidak percaya dengan teknik yang simple ini dapat mengembalikan minat untuk belajar dan mendapat “semangat baru”.

Apa yang menarik perhatian kami adalah luahan-luahan pelajar yang secara spontan diluahkan kepada kami sebelum melakukan SEFT iaitu dalam proses “menggali masalah” atau “mencari akar masalah”. Saya tidak perlu nyatakan di sini apa masalah-masalah yang diluahkan oleh pelajar. Tetapi saya agak terkejut dengan luahan tersebut.

Berdasarkan pengalaman ini, kami merasakan bahawa masalah yang sama juga terdapat di mana-mana sekolah dan masalah-masalah pelajar ini perlu diselesaikan secara holistik. Tidak selesai dengan tuding-menuding jari antara pelajar, guru dan ibu bapa terhadap masalah yang timbul. Yang paling penting bagaimana kita menyelesaikan masalah ini?

Kami berharap dengan SEFT sedikit sebanyak dapat membantu sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar dalam melahirkan generasi yang terbaik.

Selepas sesi bersama pelajar, ramai di kalangan guru yang ingin tahu lebih lanjut mengenai SEFT. Kami melakukan demo kepada guru-guru, baik masalah kesihatan mahupun emosi. Alhamdulillah, kesannya dapat mereka rasakan. Ada juga guru yang mahu berhenti merokok, setelah ditapping rokok terus tiada rasa. “Saya betul-betul hairan”, itulah luahan guru tersebut.

Saya terfikir juga, alangkah baiknya jika pelajar yang ditangkap merokok, dihukum seperti biasa, tetapi selepas itu ditapping hingga tidak suka pada rokok. InsyaAllah, mudah-mudahan generasi akan datang bebas dari rokok.

Inilah sedikit pengalaman pertama kali mengadakan program SEFT di sekolah. Alhamdulillah ramai juga guru dari sekolah tersebut yang ingin turut serta ikut workshop di Puri Pujangga UKM pada 5 Jun nanti.


Pelajar bersama Dr Yusof Rabu


Pelajar melakukan Tapping


Cikgu pun minat nak belajar SEFT

Workshop 3 & 4

Workshop ketiga di Hotel Selesa Johor Bahru, ramai peserta adalah dari kalangan guru-guru. Semasa sesi workshop peserta dikejutkan dengan “satu kejadian” yang saya tidak dapat ceritakan di sini. Alhamdulillah dengan bantuan Allah SWT, semuanya baik dan peserta workshop di JB mendapat suatu pengalaman dan ilmu yang amat berharga.


Antara peserta yang sempat bergambar

Workshop keempat di Lake Garden Resort Ayer Keroh, Melaka, antara peserta yang hadir adalah Doktor Perubatan, Pengarah, Engineer, guru-guru dan ada juga di kalangan Consultant yang ikut serta. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali dan berdasarkan maklumbalas, kesemua peserta berpuas hati dengan workshop SEFT kali ini.


Antara peserta yang sempat bergambar

Terima kasih atah sokongan anda semua. Gambar-gambar lain boleh didapati di facebook SEFT Malaysia.

Wednesday, May 5, 2010

Location Map For Workshop SEFT 3 & 4

Venue Workshop 3

Selesa Hotel, JB


Venue Workshop 4

The Lake Garden Resort, Ayer Keroh

Monday, May 3, 2010

Workshop SEFT 1 & 2

Syukur Alhamdulillah Workshop 1 & 2 di Kuala Lumpur dan Seremban berjalan dengan baik sekali. Banyak peserta workshop yang ingin mendalami ilmu SEFT ini secara serius dengan mendaftar untuk SEFT Total Solution pada 25-27 June nanti. Malahan sudah ada yang bayar booking. Saya amat bersyukur melihat perkembangan yang baik ini.

Di workshop pertama, saya amat kagum kepada salah seorang peserta yang hadir dengan wheel chair iaitu ‘Uncle Ghazali’ bersama-sama 3 orang lagi ahli keluarga, isteri dan anak-anak. Saya kagum dengan semangat beliau yang cintakan ilmu. Dalam keadaan begitu, beliau gagahkan diri datang ke workshop. Saya difahamkan beliau dan keluarga telah mempunyai buku SEFT dan melalui buku mereka telah cuba praktikkan SEFT. Tetapi kerana cintakan ilmu mereka datang untuk belajarnya secara praktikal. Dan Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan workshop ini. Diharapkan dengan kehadiran mereka ke workshop dapat membantu ‘Uncle Ghazali’, dan kami di sini sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk beliau. Tetapi suatu perkara yang mengejutkan saya, mereka juga telah mendaftar untuk SEFT Total Solution Training untuk 4 orang!

Semasa sesi workshop, kami telah melakukan demo kepada peserta yang secara sukarela mahu di terapi. Pertama, En. Safian yang ketagihan rokok sejak berbelas tahun lalu. Alhamdulillah setelah satu putaran lengkap tapping rokok sudah tawar & ‘takde feel lagi’. Saya doakan beliau dapat berhenti merokok secara total dengan ilmu ini.

Kedua, Puan Mala, yang migraine. Terapi untuk Puan Mala dilakukan oleh adik Fatin, Alumni SEFT Angkatan 41 (maaf adik Fatin ye, secara spontan saya meminta adik melakukan terapi). Alhamdulillah sakitnya ketika itu terus hilang selepas di terapi. Untuk kedua-dua kes tersebut masa yang di ambil tidak sampai 20 minit. Inilah kebesaran Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya.

Di Seremban, kebanyakan peserta adalah guru. Bila ditanya kepada para guru mengapa mahu belajar SEFT, majoriti mengatakan bahawa masalah disiplin & sosial pelajar-pelajar hari ini amat membimbangkan. Dengan SEFT, diharap dapat membantu para guru menangani masalah-masalah pelajar.

Semasa sesi workshop juga dilakukan demo terhadap peserta. En Faezal yang mahu berhenti merokok. Alhamdulillah setelah dilakukan 2 putaran rokok telah menjadi pahit. Muda-mudahan beliau terus berhenti merokok selepas ini.

Daripada maklumbalas peserta workshop yang kami perolehi, Alhamdulillah satu perkembangan yang positif. Banyak cadangan-cadangan yang membina daripada peserta workshop. Untuk itu, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada peserta-peserta workshop di atas sokongan anda semua. Semoga sokongan dan dorongan anda semua diberkati Allah Swt.

Foto Workshop 1 di Kuala Lumpur










Foto Workshop 2 di Seremban