Wednesday, May 26, 2010

Workshop SEFT di Utara

Terlebih dahulu mohon maaf kepada pengikut setia blog seftmalaysia kerana lama tidak update. Ramai juga yang menghubungi saya, bila nak upload cerita baru. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Workshop SEFT Alor Star

Alhamdulillah sambutan terhadap workshop SEFT makin baik. Di Alor Star ramai juga yang hadir terdiri daripada golongan professional. Kami juga bertemu dengan pengerusi Majlis Kaunseling Negeri Kedah yang begitu bersemangat untuk mengembangkan SEFT di negeri Kedah.

Sesi workshop kali ini turut dihadiri oleh dua peserta dari Negara jiran Singapura, Puan Zaiton & Puan Aminah. Saya kagum dengan semangat mereka yang sanggup ke Alor Star kerana mereka terlepas peluang untuk ke workshop di JB. Setelah mempelajari SEFT, mereka juga bersemangat untuk membawa SEFT ke Singapura. Sama-samalah kita berdoa agar ditunjukkan jalan dan dipermudahkan untuk kami sama-sama mengembangkan SEFT ini.

Semasa sesi demo kepada peserta, kami lakukan kepada seorang peserta yang agak takut untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Alhamdulillah, setelah melakukan tapping, ada perubahan pada adik Atikah. Bila ditanya kepadanya, dia menjawab “saya rasa berani sekarang”.

Seorang lagi peserta yang sakit migraine setelah sekian lama, begitu juga setelah di tapping ada perubahan padanya. Skalanya makin berkurangan.

Antara komen-komen peserta workshop di Alor Star:

1. Norwati Binti Mohd Isa, “Ketenangan dan proses penyembuhan jiwa. Terapi roh yang berkesan. Workshop yang patut dihadiri oleh semua”

2. Khairul Anuar, “Very Good, Simple and Humble but Effective”

3. Hj. Shuib Mustaffa, “Hebat, Sesuatu yang baru & sangat berpuas hati. Terima kasih yang tak terhingga”

Workshop SEFT Perlis

Sesi workshop SEFT di perlis kurang mendapat sambutan kerana masa yang tidak sesuai. Kebetulan cuti panjang Keputeraan Raja Perlis. Ramai peserta yang membatalkan penyertaan di saat-saat akhir. Walaubagaimanapun kami tetap terus menjalankan sesi workshop seperti biasa.

Antara komen-komen peserta workshop di Perlis:

Noor Eliana Bt. Tajudin, “Ilmu baru yang saya belajar, keyakinan diri bertambah”

Workshop SEFT di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang, kebanyakan peserta juga di kalangan guru. Saya juga kagum dengan seorang peserta yang berumur 69 tahun, Hj Kassim yang begitu bersemangat sekali di dalam workshop. Beliau adalah orang yang paling banyak bertanyakan soalan.

Semasa sesi praktikal, beliau turut berkongsi pengalaman dengan peserta lain tentang keberkesanan SEFT yang beliau rasakan terhadap masalah yang beliau hadapi.

Antara komen-komen peserta workshop di Penang:

1. Ang Poh Hong, “Saya rasa seronok dan bersyukur dapat ilmu baru yang boleh bantu diri dan kawan-kawan serta anak murid”

2. Suhaini Bt. Che Ismail, “Workshop yang amat menarik, lain dari yang lain, isi yang sangat bermanfaat, penyampaian yang menarik dan bersahaja. Saya berasa amat bersemangat untuk membantu anak-anak murid saya”

3. Noraini Bt. Hasan, “Satu program yang menakjubkan dan mendekatkan diri kita pada Allah SWT. Saya rasa Workshop SEFT ini amat berguna dan terasa kelainan yang positif. Masa mula datang, terasa macam sesuatu yang pelik, namun apabila belajar ia merupakan satu teknik yang mudah dipelajari dan diaplikasikan”

4. Rohani Bt. Ismail, “Rasa bersyukur sangat-sangat Allah gerakkan hati saya untuk menyertai program ini dan rasa sangat bertuah menimba ilmu SEFT untuk kepentingan diri, keluarga, organisasi & masyarakat. SEFT merupakan satu ilmu yang praktikal, fleksible dan mudah untuk diamalkan dan diajar kepada orang lain"

Workshop SEFT di Ipoh

Di Ipoh, ramai juga golongan professional yang menghadiri sesi workshop. Antaranya seorang Profesor, Pengetua, Pensyarah , Engineer dan para guru. Alhamdulillah semakin ramai yang mula menyedari kehadiran SEFT di Malaysia.

Semasa sesi demo kepada peserta, seorang peserta, Rashdan (jangan marah ye Dan) mahu berhenti merokok. Saya amat terkejut bila ditanya beliau merokok 60 batang sehari. Wow!!! First time dengar orang merokok sebanyak itu. Bayangkan 3 kotak Dunhill x RM9.30 x 30 hari = RM837 sebulan. Setahun = RM10,044.00. Dah boleh buat downpayment Honda Civic tu.

Alhamdulillah selesai satu putaran beliau mula merasa kelainan pada rokok. Dan selepas putaran kedua beliau mula merasakan rokok tadi tak sedap, pahit dan mula terbatuk ketika menghisap rokok. Selepas itu beliau terus ‘meronyok’ lalu membuang rokok Dunhill yang masih banyak itu ke dalam tong sampah. Aksi spontan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada peserta. Ramai yang kaget & bagai tidak percaya dengan tidak sampai 15 minit dapat menewaskan seorang yang merokok 60 batang sehari! Subhanallah…. Without God, Nothing Possible…WITH GOD, NOTHING IMPOSSIBLE.

Antara komen-komen peserta workshop di Ipoh:

1. Noor Atikah Abdullah, “Satu kepuasan dalam menimba ilmu. Saya jumpa jalan kepada pelbagai tanda tanya, pencarian ilmu, kaedah dan sebagainya. Penyampaian yang bagus & humble”

2. Kumaraysan A/L Sellapan, “Lega dan dapat energy/kekuatan perasaan selepas hadir workshop ini”

3. Azhar Osman, “Suatu pengalaman baru. Mendapat ilmu baru terutama dari sudut psikologikal”

Begitulah beberapa perkongsian dan komen-komen dalam Workshop SEFT yang kami anjurkan sehingga kini. Alhamdulillah bersyukur sekali melihat perkembangan yang baik ini. Mudah-mudahan perkembangan yang baik ini dapat memberi manfaat yang sebesar-besarnya kepada seberapa banyak mungkin umat manusia bahkan pada semua makhluk Allah di muka bumi ini.

0 comments:

Post a Comment