Wednesday, June 23, 2010

Preview SEFT Oleh Founder (Percuma)

Semua dijemput hadir ke acara Preview SEFT Oleh Ahmad Faiz Zainuddin

Venue : Quality Hotel, Kuala Lumpur
Date : 23 June 2010
Time : 2.00 pm - 4.00 pm

Saturday, June 19, 2010

Workshop SEFT di Pantai Timur

Crystal Lodge, Kota Bharu



Semasa sesi demo seorang peserta sukarela mahu berhenti merokok. Alhamdulillah setelah satu putaran beliau mula merasakan rokok tadi tawar. “Raso tok sey doh” katanya. Semasa sesi praktikal, seorang peserta melakukan SEFT untuk masalah sakit pinggangnya. Selepas ditapping oleh rakan sebelah beliau termenung. Bila ditanya kenapa beliau menjawab, “Saya tengah fikir macam mana rasa sakit tadi”.

Begitu juga seorang peserta wanita yang menderita sakit migraine sejak sekian lama, hilang selepas ditapping oleh rakan semasa sesi praktikal.

Antara komen-komen peserta:

Kamaruddin Othman, “Teruja & kagum, dengan simple dapat mengatasi masalah. Suatu pendedahan berani dengan cara mengatasi segala permasalahan manusia dengan teknik penyerahan kepada Yang Hak secara total”

Che Ku Norzuraida, “Saya sangat berpuas hati walaupun sekejap sahaja mengikuti workshop SEFT dan berharap agar dapat mempraktikkan untuk diri, keluarga, organisasi dan masyarakat”

Durawis Amiza Arshad, “Menakjubkan. Ini kali pertama saya mendengar SEFT dan saya yakin dengan kebenarannya. Lebih berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah yang selalu menyelubungi. Rasa bertuah kerana dapat mempelajari SEFT”

Wan Ummu Aiman, “Alhamdulillah, selepas menghadiri Workshop SEFT ini saya berasa tenang dan berkeyakinan yang setiap masalah atau penyakit boleh diatasi melalui kaedah SEFT dengan berkat doa serta kesabaran. Ia mudah dipelajari dan tidak sukar dipraktikkan untuk diri sendiri dan orang lain”

Batu Burok Beack Resort, Kuala Terengganu



Banyak perkara menarik di dalam workshop di Kuala Terengganu. Antaranya seorang peserta yang menderita sakit lutut. Selepas sesi praktikal, kami melihat aksi seorang peserta yang sekejap mencangkung sekejap berdiri berulang kali, selepas itu cuba melompat dan berlari. Apabila ditanya kenapa buat begitu, beliau menjawab sebenarnya beliau sakit lutut. Selepas ditapping sakit lutut itu terus hilang 99.9% katanya. Sebab itu beliau cuba mencangkung, berdiri, melompat dan berlari.

Seorang peserta yang sakit darah tinggi, selepas ditapping merasa kelainannya dan kepalanya terasa ringan. Terdapat juga seorang peserta yang mempunyai masalah emosi iaitu trauma turut merasa kelainan selepas ditapping. Semoga beliau benar-benar pulih daripada trauma itu. Kami masih menunggu feedback daripada beliau (jika membaca blog ini sila hubungi kami).

Antara komen-komen peserta:

Sakinah Yusof, “Bersyukur, kerana mungkin inilah kaedah rawatan yang dicari-cari selama ini. Alhamdulillah...Tidak sia-sia mendaftar & menyertai workshop ini”

Mohd Hafeez Kasman, “Seronok, teruja & sedar kebesaran Allah. Berpuas hati walaupun Workshop Basic”

Wan Fauziah Wan Mamat, “Rasa bersyukur kerana dapat hadiri workshop yang amat berfaedah ini. Mendapat ilmu baru untuk solve problem pelajar saya”

Wan Nurul Adna Wan Mohtar, “Saya berasa sangat takjub dengan teknik yang diperkenalkan. Saya juga berasa begitu bersyukur dan gembira kerana saya dapat menolong orang selepas ini”

Norhayati Mohamad, "Saya rasa lega kerana Workshop SEFT dapat diadakan di Malaysia. Harap dapat memberi manfaat kepada ramai orang"

IKIP Kubang Buaya, Kuantan



Di Kuantan, seperti biasa pelbagai masalah baik kesihatan, emosi mahupun spiritual. Untuk masalah ketagihan rokok pada seorang peserta, seperti kebiasaan selepas ditapping rokok menjadi tidak sedap lagi. Seorang peserta yang menderita sakit kepala sejak sekian lama juga merasa kelainan selepas ditapping oleh rakan beliau.

Kami tertarik dengan komen seorang peserta secara spontan di dalam workshop Tn. Hj. Md. Said, “Saya telah menghadiri setiap kursus yang diiklankan di akhbar mahupun di internet, tetapi Workshop SEFT amat berbeza sekali dan saya rasakan inilah yang terbaik. Saya dapat lihat keberkesanannya secara live”. Terharu kami mendengar komen daripada beliau itu.

Antara komen-komen peserta :

Nawati Daud, “Saya merasa saya redha dengan penyakit yang saya hadapi. Workshop ini amat bermanfaat dan senang diaplikasi untuk setiap permasalahan”

Alexia Abdullah, “Very satisfied and hopefully will & can apply the technique to myself & others. Workshop yang sangat bagus & berguna untuk diri sendiri & orang lain”

Azuddin Mohd Baki, “Dapat mengetahui lebih jelas peranan aspek spiritual dalam kehidupan. Latihan praktikal yang membantu pemahaman”

Helmiah Othman, “Sangat seronok. Bagus disebarkan kepada staf-staf kerajaan. Bagus untuk mengubati penyakit ‘jiwa’ di kalangan staf”

Workshop SEFT Untuk Kaunselor


Peserta Bersama Dr Yusof & Sukri serta Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson, Tn. Hj. Abd. Rani Hj. Md Som

Pada 25 Mei 2010, bertempat di Nilai International College kami mengadakan Workshop SEFT untuk guru-guru Kaunseling daerah Port Dockson. Workshop ini diadakan atas inisiatif salah seorang peserta workshop di Seremban, M. Khirul. Kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau yang telah berusaha memperkenalkan SEFT kepada guru-guru di Negeri Sembilan.

Semasa sesi praktikal, banyak peserta yang merasakan kelainan dan kesembuhan daripada kesakitan yang mereka alami.

Antara komen peserta:

Sukuna Raman, “Berpuas hati. Gembira dapat menghadiri Workshop SEFT yang banyak manfaat. Sangat bagus dan berguna pada kaunselor”

Norelah Jali, “Saya rasa bebanan tanggungjawab lebih ringan dengan adanya kemahiran asas SEFT. Amat bermanfaat kepada semua orang”

Bakri Mohd Noor, “Mempertingkatkan keyakinan diri terutamanya dalam menghadapi isu-isu kritikal di sekolah”

Zahariyah Lebai Abd Mulok, “Saya rasa sangat bertuah dapat mengikuti workshop ini, kerana dapat mempelajari ilmu yang sangat bermanfaat pada diri saya dan orang-orang di sekeliling saya”

Vigneswaran, “Saya agak rileks selepas mengikuti workshop ini. Bila saya buat tapping ke atas tangan saya yang sakit, rasa sakit itu hilang. Excellent!!!”