Saturday, June 19, 2010

Workshop SEFT Untuk Kaunselor


Peserta Bersama Dr Yusof & Sukri serta Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson, Tn. Hj. Abd. Rani Hj. Md Som

Pada 25 Mei 2010, bertempat di Nilai International College kami mengadakan Workshop SEFT untuk guru-guru Kaunseling daerah Port Dockson. Workshop ini diadakan atas inisiatif salah seorang peserta workshop di Seremban, M. Khirul. Kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau yang telah berusaha memperkenalkan SEFT kepada guru-guru di Negeri Sembilan.

Semasa sesi praktikal, banyak peserta yang merasakan kelainan dan kesembuhan daripada kesakitan yang mereka alami.

Antara komen peserta:

Sukuna Raman, “Berpuas hati. Gembira dapat menghadiri Workshop SEFT yang banyak manfaat. Sangat bagus dan berguna pada kaunselor”

Norelah Jali, “Saya rasa bebanan tanggungjawab lebih ringan dengan adanya kemahiran asas SEFT. Amat bermanfaat kepada semua orang”

Bakri Mohd Noor, “Mempertingkatkan keyakinan diri terutamanya dalam menghadapi isu-isu kritikal di sekolah”

Zahariyah Lebai Abd Mulok, “Saya rasa sangat bertuah dapat mengikuti workshop ini, kerana dapat mempelajari ilmu yang sangat bermanfaat pada diri saya dan orang-orang di sekeliling saya”

Vigneswaran, “Saya agak rileks selepas mengikuti workshop ini. Bila saya buat tapping ke atas tangan saya yang sakit, rasa sakit itu hilang. Excellent!!!”

0 comments:

Post a Comment