Thursday, May 13, 2010

Program SEFT di Sekolah

Alhamdulillah, lanjutan daripada Workshop SEFT banyak sekolah yang menghubungi kami untuk bekerjasama. Terbaru, kami telah dijemput oleh kaunselor sebuah sekolah menengah di Selangor pada 12 Mei 2010. Program yang dirancang oleh sekolah adalah “Kembali kepada Landasan” untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.

Ini adalah pertama kali kami menerapkan SEFT kepada pelajar-pelajar sekolah. Alhamdulillah maklumbalas daripada pelajar semasa di dalam sesi tersebut amat memberansangkan sekali. Mereka bagaikan tidak percaya dengan teknik yang simple ini dapat mengembalikan minat untuk belajar dan mendapat “semangat baru”.

Apa yang menarik perhatian kami adalah luahan-luahan pelajar yang secara spontan diluahkan kepada kami sebelum melakukan SEFT iaitu dalam proses “menggali masalah” atau “mencari akar masalah”. Saya tidak perlu nyatakan di sini apa masalah-masalah yang diluahkan oleh pelajar. Tetapi saya agak terkejut dengan luahan tersebut.

Berdasarkan pengalaman ini, kami merasakan bahawa masalah yang sama juga terdapat di mana-mana sekolah dan masalah-masalah pelajar ini perlu diselesaikan secara holistik. Tidak selesai dengan tuding-menuding jari antara pelajar, guru dan ibu bapa terhadap masalah yang timbul. Yang paling penting bagaimana kita menyelesaikan masalah ini?

Kami berharap dengan SEFT sedikit sebanyak dapat membantu sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar dalam melahirkan generasi yang terbaik.

Selepas sesi bersama pelajar, ramai di kalangan guru yang ingin tahu lebih lanjut mengenai SEFT. Kami melakukan demo kepada guru-guru, baik masalah kesihatan mahupun emosi. Alhamdulillah, kesannya dapat mereka rasakan. Ada juga guru yang mahu berhenti merokok, setelah ditapping rokok terus tiada rasa. “Saya betul-betul hairan”, itulah luahan guru tersebut.

Saya terfikir juga, alangkah baiknya jika pelajar yang ditangkap merokok, dihukum seperti biasa, tetapi selepas itu ditapping hingga tidak suka pada rokok. InsyaAllah, mudah-mudahan generasi akan datang bebas dari rokok.

Inilah sedikit pengalaman pertama kali mengadakan program SEFT di sekolah. Alhamdulillah ramai juga guru dari sekolah tersebut yang ingin turut serta ikut workshop di Puri Pujangga UKM pada 5 Jun nanti.


Pelajar bersama Dr Yusof Rabu


Pelajar melakukan Tapping


Cikgu pun minat nak belajar SEFT

0 comments:

Post a Comment