Monday, May 3, 2010

Workshop SEFT 1 & 2

Syukur Alhamdulillah Workshop 1 & 2 di Kuala Lumpur dan Seremban berjalan dengan baik sekali. Banyak peserta workshop yang ingin mendalami ilmu SEFT ini secara serius dengan mendaftar untuk SEFT Total Solution pada 25-27 June nanti. Malahan sudah ada yang bayar booking. Saya amat bersyukur melihat perkembangan yang baik ini.

Di workshop pertama, saya amat kagum kepada salah seorang peserta yang hadir dengan wheel chair iaitu ‘Uncle Ghazali’ bersama-sama 3 orang lagi ahli keluarga, isteri dan anak-anak. Saya kagum dengan semangat beliau yang cintakan ilmu. Dalam keadaan begitu, beliau gagahkan diri datang ke workshop. Saya difahamkan beliau dan keluarga telah mempunyai buku SEFT dan melalui buku mereka telah cuba praktikkan SEFT. Tetapi kerana cintakan ilmu mereka datang untuk belajarnya secara praktikal. Dan Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan workshop ini. Diharapkan dengan kehadiran mereka ke workshop dapat membantu ‘Uncle Ghazali’, dan kami di sini sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk beliau. Tetapi suatu perkara yang mengejutkan saya, mereka juga telah mendaftar untuk SEFT Total Solution Training untuk 4 orang!

Semasa sesi workshop, kami telah melakukan demo kepada peserta yang secara sukarela mahu di terapi. Pertama, En. Safian yang ketagihan rokok sejak berbelas tahun lalu. Alhamdulillah setelah satu putaran lengkap tapping rokok sudah tawar & ‘takde feel lagi’. Saya doakan beliau dapat berhenti merokok secara total dengan ilmu ini.

Kedua, Puan Mala, yang migraine. Terapi untuk Puan Mala dilakukan oleh adik Fatin, Alumni SEFT Angkatan 41 (maaf adik Fatin ye, secara spontan saya meminta adik melakukan terapi). Alhamdulillah sakitnya ketika itu terus hilang selepas di terapi. Untuk kedua-dua kes tersebut masa yang di ambil tidak sampai 20 minit. Inilah kebesaran Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya.

Di Seremban, kebanyakan peserta adalah guru. Bila ditanya kepada para guru mengapa mahu belajar SEFT, majoriti mengatakan bahawa masalah disiplin & sosial pelajar-pelajar hari ini amat membimbangkan. Dengan SEFT, diharap dapat membantu para guru menangani masalah-masalah pelajar.

Semasa sesi workshop juga dilakukan demo terhadap peserta. En Faezal yang mahu berhenti merokok. Alhamdulillah setelah dilakukan 2 putaran rokok telah menjadi pahit. Muda-mudahan beliau terus berhenti merokok selepas ini.

Daripada maklumbalas peserta workshop yang kami perolehi, Alhamdulillah satu perkembangan yang positif. Banyak cadangan-cadangan yang membina daripada peserta workshop. Untuk itu, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada peserta-peserta workshop di atas sokongan anda semua. Semoga sokongan dan dorongan anda semua diberkati Allah Swt.

1 comments:

Anonymous said...

Salam..

Amat berterima kasih kepada En Sukri dan Dr Yusuf kerana membawa ilmu ini kepada saya.Saya adalah peserta Kuala Lumpur dan merasakan amat berbaloi kerana menghadiri majlis ilmu ini. Sungguh tidak sangka selama ini apabila kita sakit kita selalu sahaja mengambil ubat dan kekadang kita lupa berdoa kerana penyembuhnya adalah Yang Maha Esa.

Pada mulanya saya menyangka teknik ini untuk hilangkan sakit sahaja rupanya banyak lagi yang boleh dicuba. Dengan teknik yang mudah ini saya akan amalkan sepanjang hidup saya.

Terima Kasih

Post a Comment