Wednesday, March 30, 2011

"Unfinished Business"



“Unfinished Business”….. Satu topik yang menarik untuk dibahaskan.

Telah setahun saya mengenal SEFT dan hampir setahun juga saya berkongsi ilmu SEFT di Malaysia & Singapura. Baik secara formal di sesi kursus & workshop mahupun secara tidak formal dengan client yang datang melakukan terapi SEFT dan juga rakan-rakan. Dalam tempoh setahun ini pelbagai pengalaman yang bagi saya ianya adalah anugerah Allah yang sangat berharga buat diri saya.

Melihat kegembiraan orang yang sembuh dari penyakit mahupun penderitaan emosi yang dialami sekian lama membuatkan saya sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang Allah beri ini. Kalau ditanya kepada orang sedang menderita sakit apakah yang paling berharga ataupun apa yang dia mahu dalam hidup ini, sudah tentunya dia mahu sihat. Kita hanya sedar nikmatnya sihat ni apabila kita sakit. Inilah yang sering berlaku kepada kita.

Antara kes yang paling menyentuh perasaan saya adalah En. Khairuddin yang menghidap kanser hati stage 4 yang kini telah sembuh sepenuhnya. Ada juga satu kes yang client telah cuba untuk bunuh diri!!

Kebelakangan ini banyak sekali kes yang melibatkan masalah emosi yang datang berjumpa. Kebanyakan masalah emosi ini adalah disebabkan “Unfinished Business” yang tanpa mereka sedari mengganggu hidup mereka selama ini. Di kalangan alumni juga banyak yang mengalami hal seperti ini. Banyak yang menghubungi kenapa setelah buat terapi SEFT masalah yang mereka alami tidak juga selesai. Saya sering menyarankan mereka agar selesaikan dulu unfinished business ini.

Apabila kita dapat selesaikan unfinished business ini, maka InsyaAllah masalah lain yang kita alami juga ikut selesai. SEFT merupakan satu teknologi yang membantu kita membebaskan diri daripada masalah-masalah peribadi tersebut. Dengan kata lain, menyelesaikan unfinished business yang tertunda, konflik batin yang belum diselesaikan. Setelah bebas dari belenggu “penjajahan emosi”, barulah kita dapat melangkah lebih jauh untuk mengembangkan potensi diri dengan optimum. Mengolah diri menjadi manusia sempurna. Insya Allah..

Persoalannya sekarang, adakah kita benar-benar mahu menyelesaikan unfinished business ini. Saya sering mendengar ungkapan “Saya dah maafkan dia, saya dah tak dendam dengan dia lagi”. Tetapi apabila berlaku sesuatu hal yang tidak baik kepada si fulan tersebut, kita akan cakap “Tu la, padan muka dia. Tengokla tuhan dah balas apa yang dia buat kat aku”. So… ??????

Fikir dan renungkan. Adakah kita benar-benar memaafkan??? Ini adalah satu contoh kecil sahaja. Banyak lagi contoh-contoh yang sering kita alami sama ada secara sedar atau tidak. Kita rasa kita dah memaafkan, tetapi hakikatnya tidak!

Setakat ini telah banyak yang kami bantu dengan SEFT. Kami akan share pengalaman pengalaman kami dan akan bahas lebih mendalam tentang unfinished business ini di dalam sesi kursus. Very Interesting!!!

Wallahualam
Sukri Saad

0 comments:

Post a Comment