Friday, March 26, 2010

Kisah Menarik Tentang Terapi SEFT

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah SWT. Setakat ini kami telah berjaya membantu mereka mengatasi pelbagai masalah menggunakan SEFT.

24 Mac 2010
Seorang ibu yang telah menderita sakit lutut dan tangan sejak 7 tahun lalu


Puan Fauziah Binti Anuar, kakitangan Amanah Saham Mara Investment Berhad menderita sakit lutut, belakang dan lengan sejak 7 tahun lalu. Sebelum ini telah pelbagai cara digunakan dan pelbagai tempat yang beliau telah pergi berubat, tetapi masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Ditakdirkan Allah, selepas selesai presentation kami dengan General Manager ASMI beliau secara sukarela mahu diterapi menggunakan kaedah SEFT.

Kami pun mencuba kaedah ini. Setelah habis satu putaran ‘tapping’ sakit di lengan beliau telah hilang serta merta. Alhamdulillah…

Kini kami lakukan `tapping’ kali kedua untuk masalah sakit belakang. Setelah habis satu putaran ‘tapping’ sakit belakangnya beransur hilang. Alhamdulillah…

Yang terakhir kami tapping untuk masalah yang paling kritikal pada beliau iaitu sakit lutut. Juga hanya dengan satu putaran ‘tapping’ sakit lutut sejak 7 tahun lalu hilang serta merta. Subhanallah… Memang menakjubkan. Sebelum ini beliau terpaksa berpaut untuk bangun, kini boleh bangun tanpa bantuan. Saya masih ingat reaksi dan dialog ibu itu “Dik, akak cuba bangun ye” , apabila beliau dapat bangun dengan cergas sekali, terlihat keceriaan & kesyukuran di wajah beliau. Saat itu juga saya menitiskan air mata…miracle…Syukur Alhamdulillah.

Ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan SEFT ini di Malaysia. Teringat kata-kata `Sifu’ kami Pak Faiz semasa training, biarlah kita ini menjadi `rahmatan lil aalamin’. Membawa rahmat untuk seluruh alam.

24 Mac 2010
Seorang eksekutif di DCL yang mahu berhenti merokok


En. Mohd Sani Husin, Eksekutif Akaun di syarikat MLM DCL merokok sejak 14 tahun lalu. Beliau mahu berhenti merokok dan telah mencuba pelbagai kaedah. Beliau mengetahui serba sedikit mengenai SEFT di internet dan telah melihat pelbagai video SEFT di Youtube. Setelah mendapat tahu dari seorang sahabat bahawa kami adalah SEFTeR, beliau langsung mahu di terapi.

Setelah selesai satu putaran `tapping’ beliau mula merasakan rokok yang tadi rasa nikmat kini sudah rasa tawar. Ketika sedang `tapping’ kali kedua beliau mula merasa mual dan terus muntah. Ini adalah reaksi biasa yang menunjukkan tindakbalas. Setelah selesai tapping putaran kedua, bukan saja rokok sudah menjadi tawar malah beliau terus terbatuk di saat `pam’ yang pertama. Teringat kata-kata En. Sani “Dah tak macam perokok pro, macam baru nak belajar merokok”. Alhamdulillah...Saya ada menghubungi officemate beliau yang juga sahabat saya En. Redzuan, sehingga hari ini beliau tidak sentuh rokok lagi.

21 Mac 2010
Seorang ibu mengandung yang loya & mabuk terhadap bau-bauan


Puan Rohana Kasrina Abdullah, isteri kepada sahabat saya yang hamil bayi pertama. Beliau loya dan mabuk sehingga muntah apabila menghidu bau-bauan terutamanya bau masakan. Beliau datang bersama suami ke rumah saya untuk diterapi menggunakan kaedah SEFT.

Alhamdulillah setelah 2 putaran tapping, beliau sudah boleh menghidu bau-bauan tanpa rasa mual & loya. Saya menghubungi sahabat saya untuk mengetahui perkembangan isteri beliau, dan kini mereka sudah boleh pergi ke restoran & kedai makan malahan isterinya sudah makan banyak sekarang!

Nampaknya terpaksa pula gunakan SEFT untuk kawal selera makan!

19 Mac 2010
Seorang Pegawai di MDKL yang mahu berhenti merokok


En. Mohd Yusdi Bin Mohamad, Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran di Majlis Daerah Kuala Langat mahu `cuba’ berhenti merokok setelah 12 tahun merokok. Beliau seorang `heavy smoker’. beliau merupakan salah seorang peserta kursus Pengurusan Berkesan Melalui Sikap Kerja Positif anjuran Pro Mind Solutions di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Beliau sukarela mahu diterapi setelah kami menceritakan serba-sedikit tentang SEFT.

Ini adalah pengalaman pertama kami melakukan terapi SEFT di Malaysia. Alhamdulillah setelah satu putaran sahaja beliau mula mual dan muntah begitu banyak sekali. Keyakinan kami semakin bertambah setelah kes pertama ini menampakkan hasil yang menakjubkan. Setelah `tapping’ kali kedua beliau muntah lagi. Dan kali ini banyak `lendir’ yang keluar. Mungkin inilah nikotin yang bersarang dalam tubuh beliau selama 12 tahun. Beliau sudah mula merasakan nikmatnya bernafas tanpa rasa `sempit’ di bahagian dada.

Sehingga saat artikel ini ditulis, En. Yusdi belum lagi menyentuh rokok walaupun sebelum ini menjadi kemestian pada waktu pagi di dalam bilik `termenung’. Diharapkan beliau cekal menghadapi ‘godaan’ dari rakan-rakan dan persekitaran.

Begitulah antara kisah-kisah mereka yang sembuh daripada pelbagai masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya banyak lagi masalah yang telah kami tangani menggunakan kaedah SEFT ini antaranya dendam yang sukar dihilangkan, bayi menangis tengah malam, cirit birit, sakit gigi, darah tinggi, dan ada juga masalah yang berkaitan dengan spiritual.

Apapun bukan kami mahupun teknik ini yang menyembuhkan, tetapi Yang Maha Penyembuh melakukan semua ini. Kita hanya pasrahkan padaNya.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba teknik ini terhadap apa jua masalah, sila hubungi kami untuk temujanji. Tiada sebarang caj dikenakan.

“Life is LoGOS Joyfully
(Loving God, Blessing Others & Self Improvement Joyfully)
and The Rest is Just Detail”

Sukri Saad & Dr Yusof Rabu
Pro Mind Solutions
www.promind.com.my


http://www.youtube.com/watch?v=JpIkbTGzEH0

1 comments:

Anonymous said...

Sgt menarik...

Post a Comment