Tuesday, March 30, 2010

Pengalaman SEFT Total Solution Training


Alhamdulillah saya bersama partner Dr. Yusof Rabu antara rakyat Malaysia yang terawal mengikuti training SEFT. Bertempat di Somerset Hotel Surabaya, 5 hingga 7 Mac 2010.

Sepanjang sesi training kami memang menjadi perhatian peserta mahupun trainer sejak dari awal lagi, maklum la tetangga dari Malaysia. Kami agak kagum juga dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada para Doktor, Peguam, Pensyarah, CEO & Direktor Syarikat, Ustaz, malah Tukang Urut juga mahu belajar teknik ini. Yang paling saya kagum, peserta warga emas yang satu meja dengan kami Pak Haji Soewandi yang berusia 72 tahun bersama isterinya Bu Hajah Kustiningsih yang berusia 62 tahun kerana saya diberitahu bahawa training SEFT ini yang termahal di Indonesia (5 Juta Rupiah)

Sesi latihan amat menarik dengan pendekatan Pak Faiz yang relax & cool. Hari pertama sesi training lebih kepada SEFT for Healing. Semasa sesi praktikal seorang peserta secara sukarela mahu diterapi untuk demo. Seorang gadis yang fobia bawang merah!!! First time dengar orang fobia bawang, perempuan pulak tu. Setelah beberapa kali di’tapping’ dia sudah boleh melihat bawang merah dan akhirnya dia sudah boleh memegang bawang tersebut. Memang menakjubkan apabila lihat sendiri depan mata. Sebelum ni lihat di youtube je. (jika berminat nak tengok video di youtube taip je SEFT, macam-macam kes yang pelik anda boleh lihat)

Semasa sesi SEFT untuk berhenti merokok, seorang tukang urut (Pak Musleh) yang dah lebih 20 tahun merokok ingin mencuba. Setelah di’tapping’ beberapa kali dia mula merasakan rokok sudah menjadi tawar dan akhirnya dia mula tidak boleh(tak suka) bau asap rokok. Agaknya selama ni dia tak perasan yang begitulah perasaan orang yang tidak merokok setiap kali menghidu bau rokok. Setelah selesai terapi dia terus mencampakkan kotak rokok Gudang Garamnya yang masih berisi ke dalam tong sampah!!! Semasa berkongsi pengalaman setelah diterapi, sampai meleleh lah air mata si Tukang Urut ni meluahkan perasaannya.

Hari kedua kami didedahkan dengan teknik SEFT for Children/Baby, SEFT Jarak Jauh (Surrogate SEFT), SEFT for Success & Happiness. Setelah selesai training, saya mendapat panggilan dari isteri memberitahu anak saya Hafiy menangis tanpa henti & tidak mahu tidur. Mungkin rindu dengan papanya. Saya terus mencuba apa yang baru dipelajari iaitu ‘Surrogate SEFT’ pada anak saya. Lebih kurang 5 minit selepas itu saya mendapat SMS “lepas call papa hafiy dah x nangis lagi n da tidur”. Ini membuatkan kami bertambah yakin dengan teknik ini dan berazam untuk membawa Pak Faiz ke Malaysia.

Hari terakhir merupakan kemuncak kepada training ini, bagaimana mencapai Greatness di sisi Allah. Kami juga melakukan latihan ‘Deep SEFT’ yang ternyata amat powerful.
Seperti kata Pak Ari Ginanjar Agustian (Pendiri ESQ Leadership Certer) di dalam buku SEFT:
“Saya bersetuju dengan yang dikatakan oleh penulis (Ahmad Faiz Zainuddin)bahawa ESQ dan SEFT bisa saling melengkapi. ESQ berusaha memberikan pencerahan spiritual dan emosi, sedangkan SEFT memberikan Keterampilan Praktis yang bisa langsung kita gunakan untuk mengatasi berbagai masalah dengan pendekatan emosional-spiritual dan energy psychology”.

Setelah selesai training, kami mengadakan perbincangan dengan Pak Faiz & Pak Syarif (Direktor LoGOS Institute) mengenai kerjasama untuk mengembangkan SEFT ke Malaysia. Akhirnya kami semua bersepakat untuk mengadakan satu MOU di antara LoGOS Institute dan Pro Mind Solutions. Mudah-mudahan dengan kerjasama ini, akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment