Wednesday, October 20, 2010

Sama-samalah Kita Bantu


Pn. Rohana


En. Abu Bakar

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana niat kami untuk menemui saudara Abu Bakar & family dipermudahkanNya. Kebetulan salah seorang peserta kursus kami di Majlis Daerah Sabak Bernam adalah kenalan Abu Bakar dan sekampung dengannya. Syukur juga salah seorang SEFTer (En. Hasan Sahli) dari Tanjung Karang sudi ikut membantu.

Kami tiba di rumah En Abu Bakar di Bagan Sungai Pulai jam 6.00 petang. Beliau memang seorang yang peramah dan sentiasa ceria walaupun beliau masih lagi dalam proses rawatan sakit kanser (telah menjalani pembedahan) dan isteri beliau telah menghidap sakit saraf yang agak misteri sejak 6 tahun yang lalu selepas melahirkan anak bongsu mereka.

Melihat kepada kasih, sayang dan cinta En. Bakar terhadap isterinya membuatkan kami insaf dan betul-betul terharu. Bagaimana jika saya berada di tempat beliau??? Atau bagaimana jika anda berada di tempat beliau?? Teringat dalam setiap workshop dan training, saya suka akhiri dengan persoalan …Dan bukankah cinta itu yang paling indah? Sama-samalah kita muhasabah diri kita.

CINTA… Mencintai dan dicintai…
Ya Allah.. Mudah-mudahan apapun yang aku lakukan, Kau bantulah aku untuk lebih dekat denganMu, Lebih mencintaiMu, Lebih Kau cintai dan Kau redhai….Dan Mudah-mudahan apapun yang aku lakukan akan membawa manfaat yang sebesar-besarnya untuk sebanyak mungkin makhlukMu, Menjadi Rahmatan Lil A’lamin…

Kepada SEFTer dan SEFT Beginner yang mengetahui bagaimana melakukan Surrogate SEFT, sama-samalah kita melakukannya untuk membantu Puan Rohana supaya sembuh dari penderitaannya seterusnya dapat menjalani dan menikmati kehidupan ini dalam keadaan normal seperti sebelum ini InsyaAllah. Kami akan sms set-up nya supaya ia lebih efektif.

Kepada pembaca blog yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan anda ke akaun En. Abu Bakar Ismail, No. Akaun 01048-4100002702-5 (Bank Simpanan Nasional). Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan kita dapat meringankan beban mereka dan diberkati Allah S.W.T.

1 comments:

Anonymous said...

inshaallah akan kami bantu untuk surrogate puan rohana.semoga puan rohana cepat sembuh ameen!dari seft singapore.

Post a Comment