Thursday, October 14, 2010

SEFT Untuk Masalah Hutang

Saya yakin ramai di kalangan kita yang pernah berhutang ataupun yang tak ‘syok’nya orang berhutang dengan kita. Lebih-lebih lagi saudara-mara mahupun kawan baik kita. Sudah tentu kita segan atau malu untuk minta hutang terutama dengan kawan baik kita. Kawan yang pinjam wang dengan kita tu pula buat-buat tak tahu sahaja walaupun kita dah bagi hint.

Kadangkala kita terpaksa batalkan niat untuk menziarah kawan-kawan kerana kita bimbang kawan kita menganggap kedatangan kita ni untuk minta hutang. Serba salah kita dibuatnya.

Saya ingin berkongsi pengalaman melakukan SEFT kepada orang yang berhutang dengan saya. Saya lakukan SEFT dan Surrogate SEFT secara konsisten setiap kali lepas solat dan Alhamdulillah selepas 2 minggu saya melakukannya saya dapat kembali wang yang saya bagi pinjam kepada beliau. Yang menariknya dalam masa 2 minggu itu saya langsung tidak menghubungi beliau apatah lagi bertanyakan mengenai hutang.

Syukur pada Allah S.W.T yang memberi peluang kepada saya mempelajari teknik ini kerana sehingga hari ini pelbagai masalah dapat diselesaikan melalui SEFT.

Begitu juga dengan Dr. Yusof Rabu. Sebelum Raya Aidilfitri baru-baru ini secara tiba-tiba ada seorang sahabat beliau yang menghantar sms mengatakan bahawa beliau baru memasukkan sejumlah wang yang pernah beliau pinjam dari Dr. Yusof. Padahal Dr. Yusof sendiri pun telah terlupa bahawa sahabat beliau ni ada meminjam wang daripada beliau. Inilah yang dikatakan.. With GOD, Nothing Impossible!!

Berbeza dengan saya, Dr. Yusof menggunakan kalimat Set-Up secara umum (sesiapa sahaja yang pernah berhutang dengannya). Saya melakukan Set-Up secara khusus kepada orang yang berhutang dangan saya.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan inspirasi kepada semua baik SEFTer, SEFT Beginner dan semua pembaca blog ini.

4 comments:

Anonymous said...

Wah betul ke ni?
X sabar nak tunggu training 17hb ni

novel reader said...

En. Sukri set-up sama ker ngan tapping...

SEFT MALAYSIA said...

Novel reader: kurang faham maksud soalan. U nak tau set-up nya ke?

novel reader said...

a'ah nk tahu set-upnya...

Post a Comment