Wednesday, December 21, 2011

Perkongsian Pengalaman SEFTER

Beberapa bulan lepas saya dan suami ziarah teman yang kemalangan jalanraya. Sudah dua bulan sejak kemalangan itu tetapi dia masih berbalut dan guna anduh. Dua bulan sendirian di rumah pada siang hari kerana suami pergi kerja. Anak anak juga sudah kerja dan belajar jauh. Kemalangan di jalan kampung yang kecil tapi kesan yang begitu besar dalam diri dan hidupnya. Dia kena ambil pembantu rumah kerana sudah tak boleh buat apa kerja pun. Semua keperluannya diletak di dalam biliknya disebelah ruang tamu.

Selain kaki, tangan dan tulang paha yang patah dan cedera kesan pada emosi beliau juga parah. Lebih merisaukannya kerana mengikut X-ray doktor mengatakan terdapat tulang baru yang tumbuh pada bahagian tulang paha yang retak. Iaya sangat ngilu apabila bergerak.

Dia seorang yang bertanggung jawab dan sukakan kerjanya. Bila tak dapat pergi kerja dan memikirkan kerjanya yang banyak dan terpaksa dilakukan (menyusahkan) orang lain dia merasa bersalah dan tidak tenang. Dalam masa sama dia juga merasa punya begitu banyak masa untuk membaca buku buku agama dan menonton rancangan rancangan ugama yang selama ini tak dapat dilakukan. Jadi, kadang kadang fikirannya rasa kacau. Dalam keadaan begini dia sedar betapa Allah menyayanginya dan ingin dia dekat denganNya dengan caraNya sendiri.

Lama berbual dengannya hingga kami faham situasi dirinya. Lalu saya memperkenalkan padanya mengenai SEFT ini. Ternyata dia senang dengannya dan ingin diterapi. Selepas dilakukan dua pusingan dia merasa sedikit lega. Kami mengajar dan menerangkan lagi apa yang perlu dilakukan secara sendiri.

Sebulan lepas itu dia menelefon saya mengucapkan terima kasih berkali2 dan bersyukur banyak2 pada Allah yang telah memberi dia ilmu ini kerana dia rasa lebih tenang, dapat mengawal emosi dan kesembuhan secara fizikal yang ketara.

Kemudian sebulan selepas itu dia telefon lagi. Katanya dia dalam perjalanan balik ke rumah dari hospital. Dia sangat bersyukur kerana doktor mengatakan tulang yang tumbuh itu sudah tidak ada, hilang... Doktor pun hairan ...namun itulah kekuasaanNya. Katanya dia melakukan SEFT ini secara konsisten setiap hari selama dua bulan sehingga doktor mengesahkan mengenai hilangnya tulang yang tumbuh tu. Sebelum cuti sekolah baru baru ni dia dah pun dapat ke sekolah semula...alhamdulillah.

Semoga beliau bahagia bersama tugas dan keluarga insyaAllah.

SEFTER Norhayati Mohamed
Kuala Terengganu

0 comments:

Post a Comment