Friday, May 27, 2011

Adakah Kesan Terapi SEFT Berkekalan?


Satu persoalan yang sering ditanya dalam siri Workshop yang kami adakan.. Adakah selepas dilakukan terapi SEFT kesannya kekal?

Sebagai contoh untuk masalah ketagihan rokok. Selalunya selepas dilakukan SEFT rokok akan terasa tawar atau tak sedap lagi. Persoalannya adakah rasa tawar atau tak sedap itu kekal. Menarik untuk dikupas.
Berdasar pengalaman kami untuk contoh di atas iaitu masalah rokok, selepas diterapi memang rasa rokok itu kekal tawar dan tak sedap. Ada satu client yang telah kami lakukan terapi pada bulan Mei tahun lepas, maknanya setelah setahun rasa tawar itu kekal. Tetapi dia masih merokok!!

Ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh oleh Dr. Jack Rowe, membuktikan bahawa kesan Energy Therapy relatifnya kekal (permanent). Beliau meneliti bahawa tingkat stress para pekerja yang diberikan latihan Energy Therapy terus bertahan walaupun setelah 6 bulan.

Persoalannya mengapa seseorang itu masih merokok walaupun dia telah merasakan rokok itu tawar. Persoalan ini samalah dengan mengapa kita masih merokok sedangkan kita tahu sebab akibat merokok. Jadi bagi mereka yang ingin berhenti merokok atau apa sahaja masalah, kita kena cari kenapa kita masih melakukannya. Apabila kita tahu sebab atau puncanya maka kita lakukan SEFT pada punca atau penyebab itu. Contohnya rasa ‘gian’ untuk merokok selepas makan, maka kita buat SEFT untuk rasa gian itu.

Untuk masalah merokok, bergantung kepada individu. Ada yang sekali saja diterapi terus ‘bertaubat’ tak mahu menghisap rokok lagi. Ada juga yang perlu dilakukan terapi banyak kali. Ianya juga bergantung kepada keadaan. Bukannya SEFT tidak efektif, tetapi kita memerlukan ‘SKILL’ untuk berhadapan dengan apa jua masalah. Teringat pesan guru kami “Little bit learning is dangerous”.

Untuk masalah fizikal atau masalah kesihatan, banyak kes yang kami telah bantu melalui SEFT. Yang paling sukses, kes Kanser Hati yang dialami oleh En Khairuddin. Hingga saat ini beliau telah bebas daripada kanser dan masih sihat dan aktif buat business sekarang.

Begitu juga dengan masalah emosi seperti trauma, phobia, kecewa dan bermacam-macam lagi. Saya pernah ditanya oleh seorang client, “Adakah perasaan benci saya pada suami saya ini boleh hilang setelah buat SEFT? Takkan boleh hilang dalam masa beberapa minit sedangkan dah bertahun-tahun saya rasa benci sangat dengan suami saya”. Hasilnya Alhamdulillah, setelah beberapa minit buat SEFT, beliau mula percaya pada kaedah ini. Setelah selesai sesi terapi saya bertanya kepada beliau apa perasaan beliau pada suami? Beliau dengan senyum menjawab “Saya rasa sayang sangat pada suami, saya rindu nak jumpa dia”. Fantastic...itu yang boleh saya katakan.

Jika anda adalah salah seorang daripada yang mengalami masalah berikut atau ingin mencuba kaedah SEFT, kami syorkan anda berjumpalah dengan SEFTER atau wakil kami yang mana telah mengikuti sesi kursus yang telah kami anjurkan atau boleh juga berhubung dengan kami. InsyaAllah SEFT dapat membantu anda.

Kepada semua SEFTER yang melakukan terapi kepada orang ramai, pesan kami jangan give-up. Be persistence. Apapun masaalah, kita perlu berserah padaNya. InsyaAllah... Nothing Impossible.

Berbalik kepada persoalan adakah kesan terapi SEFT kekal atau tidak, jawapannya mudah saja. ianya bergantung kepada Allah S.W.T. Jika DIA berkehendakkannya...KUNFAYAKUN... Dan ianya juga bergantung kepada individu itu juga. Jika dia ingin terus 'mensabotaj' dirinya sendiri... maka anda sendiri tahu jawapannya. Saya akhiri tulisan kali ini dengan memetik ayat Prof Izzi, Renung-renungkan...Dan selamat beramal.

0 comments:

Post a Comment