Wednesday, May 11, 2011

SEFT ke Sabah & Brunei


Antara peserta yang hadir

Alhamdulillah syukur atas ketentuanNya. Nampaknya SEFT semakin diterima. Percubaan kami ke Sabah nampaknya positif. Masyarakat di sini mula menerima SEFT sebagai satu solution & alternatif.

Kami amat terharu dengan komitmen SEFTeR yang turut serta mengikut kami ke Sabah & Brunei. Terima kasih yang tak terhingga buat para SEFTeR yang terdiri daripadaTuan Haji Ghazali & isteri Hajah Faezah, Puan Zaiton & Puan Aminah dari Singapura, Dr Haji Zainal, Hajah Rohani (yang mesra dengan panggilan Ibu Rohani) dan Puan Rahimah dari Labuan yang berhempas pulas menjemput kami di Airport & menguruskan transport kami di sana. Sokongan anda semua membuatkan kami lebih bersemangat mengembangkan ilmu yang bermanfaat ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.

Antara perkembangan yang paling membuatkan kami amat bersyukur adalah salah seorang peserta workshop menawarkan kami menggunakan Institut Latihan milik beliau untuk program SEFT di Kota Kinabalu. InsyaAllah pada bulan Jun nanti kami akan kembali ke Kota Kinabalu. Mengikut perancangannya pada 25 Jun akan diadakan Mini Workshop di Kota Kinabalu & Labuan manakala pada 26 Jun akan diadakan SEFT Basic Training di Kota Kinabalu.

Kepada yang ingin menyertai kursus di sana sila hubungi:
Kota Kinabalu : Tn. Hj Ghazali - 016-2133449 / Ani - 016-8125696
Labuan : Rahimah - 019-8113599


Menunggu Feri ke Brunei di Labuan

Kami juga sempat ke Brunei untuk mengintai peluang di sana. Alhamdulillah perkembangannya juga positif. InsyaAllah sahabat kami di sana akan uruskan untuk mengadakan preview dan juga workshop. Mudah-mudahan usaha beliau dipermudahkan.

1 comments:

Anonymous said...

Utk mendapatkan rawatan SEFT di sabah ada ka?

Post a Comment