Saturday, April 10, 2010

Kisah Terapi SEFT Untuk Family Tercinta

3 & 4 April 2010
Ini merupakan kisah yang paling memberi kesan kepada saya sepanjang saya melakukan terapi SEFT pada orang ramai. Kenapa saya merasa begitu? Kerana saya melakukannya pada orang tersayang iaitu ibu dan bapa saya.

Saya mendapat berita ibu saya terjatuh sehingga pengsan dari tebing rumah di kampung pada ketinggian 15 kaki. Alhamdulillah walaupun jatuh tiada kecederaan serius seperti patah atau luka parah. Cuma sakit di bahagian tulang belakang dan pinggang yang membuatkan susah untuk beliau bangun apabila duduk atau baring. Selepas melakukan beberapa putaran tapping, Alhamdulillah keadaannya bertambah baik.

Berbeza dengan bapa saya, beliau secara sukarela ‘menyerah diri’ untuk berhenti merokok. Sebelum melakukan terapi, saya cuba untuk mengcungkil pelbagai persoalan supaya terapinya lebih efektif. Maka pecahlah rahsia, rupanya beliau mula merokok sejak usia 15 tahun. Bayangkan kini usianya 65 tahun, genaplah setengah abad (50 tahun) beliau merokok.

Seperti biasa yang dilakukan pada perokok-perokok sebelum ini, setelah selesai satu putaran beliau mula merasakan rokok sudah menjadi tawar. Alhamdulillah ada kesan nampaknya. Setelah selesai putaran kedua, beliau mula berasa rokok itu seperti menghisap kertas yang dibakar, “tak sedap langsung” katanya. Secara spontan beliau membuang rokok tadi. Agak lucu melihat gelagat spontan beliau itu.

Jauh di sudut hati, saya benar-benar amat bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini dan saya makin bersemangat untuk berkongsi ilmu ini dengan seberapa banyak orang yang saya temui.

Selepas melihat aksi bapa saya, seorang lagi datang menyerah diri iaitu abang ipar saya, Mohd. Nedzeri Harun. Alhamdulillah dengan satu putaran tapping saja, rokok sudah tidak sedap lagi. “Dah hilang rasa lemak-lemak” katanya. Saya pun tak tahu macam mana lemaknya rokok tu. Sehingga artikel ini ditulis beliau tidak lagi merokok walaupun di‘offer’ oleh kawan-kawannya

Begitulah sedikit perkongsian mengenai terapi SEFT yang saya gunakan untuk family saya. Anda juga boleh membantu orang yang tersayang dan keluarga anda dengan ilmu ini. Jadi sama-samalah hadir mengikuti workshop kami seluruh Malaysia mulai 1 Mei ini. Saya jamin workshop ini akan memberikan ilmu yang bermanfaat buat anda semua.

1 comments:

Anonymous said...

Sangat tertarik dengan ilmu baru dan unsur islam yang diserapkan. Semoga SEFT akan menjadi panduan untuk kita melengkapkan diri dengan YANG MAHA ESA. Tahniah kepada anda kerana mempelopori SEFT. Semoga Berjaya.

Post a Comment