Tuesday, April 20, 2010

Ramai Yang Keliru Tentang Workshop SEFT

Kami mendapat banyak panggilan dan feedback mengenai Workshop SEFT yang akan diadakan di seluruh Malaysia. Ramai yang bertanya adakah workshop ini hanya PREVIEW tentang SEFT?

Sebenarnya workshop ini bukanlah sekadar preview. Sudah semestinya kami akan memberi pemahaman kepada peserta mengenai SEFT. Tetapi bukan preview. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk melakukan terapi SEFT. Di dalam workshop kita akan mengadakan sesi praktikal bagaimana melakukan terapi SEFT (Set up, Tuned in & Tapping) dengan mengikut kaedah yang betul. Seperti kata Founder SEFT Ahmad Faiz “Little bit learning is Dangerous”

Workshop ini lebih fokus kepada Healing. Bagaimana kita nak menyembuhkan penyakit atau apa-apa yang negatif baik dari segi fizikal, emosional mahupun spiritual. InsyaAllah sepelas menghadiri Workshop anda boleh melakukan terapi untuk diri sendiri dan orang lain. Untuk menguasai ilmu ini kita perlu mencuba terlebih dahulu dan seterusnya perlu amalkan selalu.

Ada juga yang bertanya kalau dah belajar dalam workshop nanti di SEFT Total Solution Training belajar apa pula?

Sebenarnya SEFT bukan hanya untuk Healing. Seperti yang kami maklumkan di dalam blog, SEFT juga boleh digunakan untuk SUCCESS, HAPPINESS & GREATNESS. Apa yang dikatakan ‘Total Success’? ‘Total Happiness’? Bagaimana ‘Greatness’ kita di sisi Allah SWT.

InsyaAllah di dalam SEFT Total Solution Training nanti (25-27 June di Quality Hotel,KL) kita akan belajar kesemua HEALING + SUCCESS + HAPPINESS + GREATNESS yang akan dikendalikan oleh Founder SEFT Ahmad Faiz Zainuddin. Berdasarkan pengalaman mengikuti training ini, saya jamin 100% akan memberikan kepuasan kepada peserta. (Anda boleh baca posting saya sebelum ini, “Pengalaman Mengikuti SEFT Total Solution Training”). Fee untuk Training 3 hari ini sama harganya jika anda ikuti latihan dengan LoGOS Institute di Indonesia. Kini anda tidak perlu ke Indonesia untuk mengikuti Training ini kerana kami telah dilantik sebagai LoGOS Institute Malaysia. Kepada yang telah hadir Workshop nanti kami akan berikan voucher diskaun 20% untuk ke SEFT Total Solution Training.

Mengenai Workshop SEFT, sebenarnya kami telah diamanahkan oleh LoGOS Institute Surabaya untuk mengendalikan workshop ini untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia. Di dalam workshop, kita akan berkongsi ilmu dan teknik SEFT yang amat bermanfaat ini. Kami maklum, mungkin tidak semua orang mampu mengikuti SEFT Total Solution Training. Jadi kami buat workshop ini dengan harga yang saya rasa amat murah sekali tetapi amat setimpal dengan ilmu yang akan anda dapat. Sekali belajar kita boleh gunakan seumur hidup (Anda bayangkan 10 kotak rokok Dunhill 20 pun harganya RM93.00). Kami harap workshop ini akan membantu anda semua menyelesaikan masalah yang anda hadapi baik dari segi kesihatan, emosi mahupun spiritual. Sekiranya anda telah berjaya praktikkan, yakin, ‘compfortable’ dan ingin belajar lebih mendalam, anda dialu-alukan ke SEFT Total Solution Training.

Bagi menjamin kualiti workshop, setiap sesi workshop ini terhap kepada 100 orang peserta sahaja. Ini kerana di dalam workshop akan diadakan sesi praktikal. Jika terlalu ramai kami bimbang ilmu dan teknik ini tidak sampai kepada peserta dengan sempurna. Jadi kepada yang berminat untuk mengikuti workshop sila hubungi ‘Contact Person’ kami bagi mengesahkah kehadiran anda. Kami perlukan pengesahan awal supaya segala persiapan (cetakan sijil & kad) dapat dilakukan lebih awal.

Dapatkan iklan di Harian Metro pada 21/04/20 dan Sinar Harian pada 21 & 25/04/10

0 comments:

Post a Comment